9 persediaan sebelum pulang beraya
Shamil Hizamie
Julai 15, 2015 07:32 MYT
Julai 15, 2015 07:32 MYT
KURANG sehari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pulang beraya ke kampung sememangnya dilihat sebagai satu tradisi yang penting jika bukan turun-temurun.
Lebuhraya pastinya sesak dengan ribuan anak kota yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Berikutan kesesakkan itu, perjalanan yang sepatutnya memakan masa beberapa jam boleh berlarutan sehingga menjadi separuh hari.
Namun itu tidak bermakna, mereka yang mahu pulang ke kampung tidak perlu membuat persediaan untuk melancarkan perjalanan. Berikut merupakan 9 tip untuk pulang beraya.
Periksa kenderaan
Salah satu langkah paling penting bagi mengelakkan sebarang masalah dari berlaku. Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh.
Foto - AFPRelax News
Periksa lampu kereta, signal, minyak hitam, air enjin, gas penghawa dingin, air pengelap cermin dan lain-lain.
Servis kereta
Lakukan servis menyeluruh yang liputi enjin, tayar, brek, penapis minyak, radiator dan elemen-elemen penting kenderaan. Tukar dan baiki apa yang perlu bagi mengelakkan kenderaan bermasalah.
Bantuan asas
Lengkapkan kenderaan dengan senarai bantuan kecemasan yang meliputi tayar ganti, jack kereta, peralatan menukar tayar, kabel jumper, alat bantuan kecemasan dan lain-lain.
Keselamatan keluarga dan penumpang
Buat keluarga yang memiliki anak kecil, pemasangan kerusi kanak-kanak adalah langkah terbaik untuk menjamin keselamatan mereka.
Foto - AFPRelax News
Pada masa yang sama, tali pinggang keledar adalah satu kemestian bukan sahaja buat pemandu malah setiap para penumpang lain.
Keselamatan rumah
Pastikan tingkap-tingkap rumah ditutup dan pintu dikunci sebelum meninggalkan rumah. Penutupan paip air dan sumber elektrik rumah juga digalakkan bagi mengelakkan litar pintas dan kebocoran paip air berlaku.
Rancangan Perjalanan
Apabila tibanya musim perayaan maka ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung. Kesesakkan sudah menjadi kemestian namun merancang perjalanan terlebih dahulu sedikit sebanyak dapat membantu.
Rehat atau tangguhkan perjalanan di mana-mana Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sekiranya pemandu berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram.
Gunakan SmartTAG dan Touch 'n Go
Foto - Google Maps
Penggunaan SmartTAG dan Touch 'n Go dapat menjimatkan masa beratur di lorong tol tunai yang panjang.
Patuhi Peraturan
Kesesakkan dapat dikurangkan sekiranya kesemua pemandu memandu secara berhemah.
Ikut had laju yang ditentukan dan patuhi isyarat dan peraturan di lebuh raya semasa menukar lorong, memotong kenderaan lain dan lain-lain.
Elakkan mengekori kenderaan lain terlalu rapat jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Tiga punca ini sering kali dikaitkan menjadi punca kemalangan yang serius.
Layari laman Jalanow
Ikuti perkembangan trafik terkini di www.jalanow.com.
Laman Jalanow.com memaparkan keadaan trafik terkini dari masa ke semasa
Laman tersebut menyediakan imej pegun dari masa ke semasa mengenai keadaan trafik jalan raya dan lebuhraya utama di seluruh Malaysia yang distrimkan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Pandu cermat, jiwa selamat. Selamat Hari Raya Aidilfitri.