8 peralatan yang memudahkan urusan anda di dapur

Haikal Raman
Ogos 14, 2021 09:00 MYT
Kami cadangkan lapan peralatan yang bukan sahaja mempunyai kemasan yang baik tetapi juga rekaan 'functional' dalam memudahkan urusan anda di dapur. -Gambar hiasan
PERALATAN dapur sangat penting dalam membantu kita mengurangkan masa yang lama untuk menyediakan sajian.
Dalam situasi kita work from home (wfh) dan anak-anak yang belajar dari rumah, apa sahaja benda praktikal serta dapat mengurangkan masa itu sangat diperlukan ketika ini.
Artikel kali ini kami akan cadangkan kepada anda, lapan peralatan yang bukan sahaja mempunyai kemasan yang baik tetapi juga rekaan functional dalam memudahkan urusan anda di dapur.
Asingkan bubuk beras dengan mudah!
Dengan adanya bekas penapis basuhan beras ini, anda akan merasai pengalaman lebih selesa tanpa risau banyak beras yang jatuh ke dalam sinki ketika membasuhnya.
Bendasing termasuk bubuk beras turut dapat diasingkan dengan lebih mudah, yang mana ia akan mengalir keluar menerusi lubang penapis tersebut.
Papan cincang dan bakul cuci, dua dalam satu
Sebelum ini mungkin kita perlu keluarkan besen kecil untuk membasuh sayur atau buah dan selepas itu terpaksa mengambil papan cincang (chopping board) pula untuk tujuan memotong.
Kini tidak perlu lagi kerana rekaan inovasi menjadinya satu item dengan dual fungsi. Ia juga mempunyai lubang untuk mengalirkan air keluar daripada bakul cuci tersebut. Dapatkan di sini.
Kekuli tahan karat, pelindung percikan minyak
Kami faham ramai yang trauma setiap kali menggoreng ikan atau ayam pasti akan terkena percikan minyak panas dan terpaksa mengalirkan air selama beberapa minit bagi meredakan rasa sakit (jangan menyapu ubat gigi pada bahagian melecur bagi mengelakkan kerengsaan kulit).
Dengan pelindung percikan minyak ini, anda tidak lagi perlu risau dan boleh menggoreng dengan selamat dan cepat.
Pengisar automatik serbaguna
Dengan adanya pengisar automatik serbaguna bersaiz mini ini, anda tidak lagi perlu mengeluarkan mesin pengisar dengan wayar yang panjang itu ketika ingin menyediakan nasi goreng.
Bersama ciri ditambah baik, ia menjimatkan masa anda dalam menyediakan menu sarapan pagi bersama keluarga mahupun pasangan.
Tidak perlu lagi dengan lenguh-lenguh tangan mengisar secara manual seperti versi sebelum ini.
Bekas penyimpanan minyak guna semula
Penggunaan semula minyak masak merupakan kaedah penjimatan yang sering dipraktikkan, namun perlu dipastikan agar sisa daripada penggunaan sebelumnya perlu diasingkan bagi mengelakkan minyak cepat rosak dan tercemar.
Dengan adanya penapis minyak bersama rekaan muncung yang mudah dituang selain bahagian pemegang yang ergonomik, ia memudahkan urusan anda ketika memasak.
Namun perlu dipastikan supaya mengelakkan menggunakan minyak yang sama terlalu kerap sehingga menyebabkan degradasi dan kerosakan minyak.
Pam sos, sukatan lebih tepat dan terkawal
Dengan menggunakan pam sos, anda dapat memastikan sukatan yang tepat dan tuangan yang mudah dikawal ketika memasak. Jimat masa, masakan pun sedap!.
Balang kedap udara
Balang kedap udara sangat penting selain menjadikan bahagian dapur kelihatan lebih rapi, ia turut memudahkan untuk kita mencapai bahan-bahan ketika memasak.
Bagaimanapun jangan lupa untuk labelkan balang anda dengan label barang yang betul dan yang penting… kalis air!
Pengupas kulit udang
Perkara paling ramai tidak suka apabila menikmati makanan laut adalah renyah untuk kupas kulit udang. Dengan adanya alat pengupas kulit udang ini, pengalaman menikmati spageti aglio olio kini lebih selesa.
Justeru itu, jadikan masa memasak anda lebih mudah dan praktikal dengan cadangan-cadangan peralatan dapur ini.
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
#LifeHack #PeralatanDapur #WFH #WorkFromHome #Functional #PenapisBasuhanBeras #ChoppingBoard #PelindungPercikanMinyak #PengisarMini #PenapisMinyak #JimatMasadiDapur #PamSos #BalangPengedapUdara #LabelBarangDapur #PengupasKulitUdang
;