6 langkah menggunakan YouTube Broadcast Box
Mariah Ahmad
Ogos 2, 2016 15:38 MYT
Ogos 2, 2016 15:38 MYT
YouTube Malaysia dengan kerjasama Maxis dan Sunway University pada Isnin telah melancarkan YouTube Broadcast Box.
Ia sebuah studio mudah alih yang lengkap dengan kamera, skrin hijau, dan peralatan suntingan video untuk menghasilkan sebuah video YouTube.
Bagi mereka yang mahu menjadi seorang 'YouTuber' dan menggunakan platform pameran bergerak tersebut, berikut ialah cara untuk menggunakannya:
1) Daftar diri di kaunter
Anda akan disapa oleh petugas yang peramah, dan anda perlu mengisi butiran seperti nama dan e-mel. Anda kemudiannya akan diberikan satu kad memori untuk proses penggambaran dan penyuntingan video.
2) Tunggu giliran menggunakan YouTube Broadcast Box
Apabila anda sudah berada di dalam pameran bergerak tersebut, berikan kad memori tadi kepada jurukamera. Anda juga diberi pilihan untuk memilih latar belakang video seperti bandar Kuala Lumpur dan Gunung Kinabalu.
3) Pilih prop untuk video anda
Pelbagai kelengkapan di set penggambaran disediakan. Anda boleh mencuba kesemuanya untuk rakaman video.
4) Rakam dengan penuh keyakinan
Selepas memilih kelengkapan yang diingini, anda boleh mulakan penggambaran video anda.
5) Beri kad memori untuk proses penyuntingan
Anda perlu menunggu beberapa minit untuk proses penyuntingan. Dalam proses ini, anda akan dibantu untuk menggunakan perisian suntingan untuk memperbaik dan menambah efek.
6) Muat naik video
Gunakan akaun YouTube anda untuk memuat naik video dengan menggunakan kata kunci #YTBBoxMY.
Apa itu YouTube Broadcast Box?
Perkhidmatan YouTube Broadcast Box disediakan di Sunway University bermula 1 hingga 5 Ogos, 10 pagi hingga 6 petang.
Ketika berkunjung ke Sunway University juga, jangan lupa untuk mengambil bahagian dalam kempen Merdeka 'Rojak360' daripada Maxis.
Anda hanya perlu menceritakan kisah Malaysia dalam pelbagai, dengan menggunakan teknologi VR atau kamera 360 darjah.
Selamat mencuba!