5 tabiat bagaimana nak selesaikan kerja secara bijak

Astro Awani
Jun 27, 2019 22:40 MYT
Cuba lakukan lebih satu kerja dalam satu masa. - Foto MPC
PERNAHKAH kita mengalami situasi di mana tugasan kerja di pejabat mahupun di rumah terasa sukar diselesaikan dalam tempoh masa yang diberikan? Bukan kerana kita tidak boleh lakukannya, tetapi kerana tabiat kita yang mungkin salah dan perlu diubah dalam mencapai produktiviti yang maksimum.
Pembuangan masa yang berlebihan dan cara kerja yang tidak efisyen mungkin menjadi faktor masalah tersebut.
Ini 5 cara bagaimana kita boleh selesaikan kerja secara bijak.
1. Menyediakan ‘to-do-list’. Apa yang anda boleh lakukan ketika sampai ke pejabat adalah senaraikan apa yang akan lakukan hari ini, dan cuba selesaikannya mengikut senarai berkenaan. Dengan itu, waktu yang ada di pejabat lebih terisi dan tidak terbuang begitu sahaja.
2. Letak telefon pintar ke tepi. Jika anda perlu berurusan melalui pesanan telefon, gunakan sahaja aplikasi berkenaan di komputer anda. Ingat, jangan terlalu lama menghadap media sosial, ia akan melengahkan urusan kerja anda. Simpan dahulu masa untuk membaca blog atau portal, gunakan masa itu apabila kerja selesai.
3. Utamakan kerja yang penting. Yang mana mustahak perlu diselesaikan dahulu sebelum melangkau ke kerja yang seterusnya. Tinggalkan kerja yang kurang penting di bahagian terakhir. Ini pasti akan meningkatkan tahap efisyen anda terhadap kerja.
4. Sekiranya anda diberikan tugas yang besar dan berat, tidak salah sekiranya anda meminta pertolongan rakan sekerja atau bertukar-tukar pendapat mengenai idea menyelesaikannnya. Nasib baik sekiranya ada yang ringan tulang mahu membantu. Itu yang dipanggil ‘don’t work hard, work smart’
5. Cuba lakukan lebih satu kerja dalam satu masa. Tidak salah kalau mencuba, ia akan membuat masa anda lebih terisi. Mana tahu, percubaan dua kerja pada satu masa anda, membuahkan hasil. Anda juga yang untung.
Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) juga menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.
#MPC #Perbadanan Produktivtiti Malaysia #selesaikan kerja secara bijak #work smart
;