5 perkara anda perlu tahu tentang iPhone 7, iPhone 7 Plus

Tengku Faeza Mastura
September 8, 2016 14:37 MYT
Tim Cook ketika pelancaran iPhone terbaharu daripada Apple
APPLE hari ini memperkenalkan telefon pintar terbaharunya – iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.
Antara yang menarik ialah iPhone terbaharu ini menampilkan ciri-ciri utama termasuk cip pemproses A10 yang lebih efisien, fungsi kamera yang sofistikated dan butang 'home' yang peka tekanan.
Berikut ialah ciri-ciri yang anda perlu tahu tentang iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

1) Reka bentuk

• Hadir dengan dua saiz iaitu 4.7 inci dan 5.5 inci, dengan lima kemasan warna termasuk dua versi warna hitam baharu iaitu kemasan kusam dan hitam berkilat
• Mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan 6s, keluaran terbaharu ini merupakan iPhone kalis air dan kalis percikan (juga kalis habuk) pertama pernah direka.
• Butang home terbaharu yang lebih canggih agar tahan lama, lebih responsif dan sensitif terhadap tekanan serta boleh diselaras mengikut kehendak pengguna.


2) Kamera

• Penstabilan gambar optikal yang mengurangkan kabur akibat gegaran dan membolehkan kadar dedahan (exposure) sehingga tiga kali lebih baik berbanding 6s.
• Apertur f/1.8 yang membenarkan sehingga 50 peratus cahaya dikesan oleh sensor dan secara tidak langsung memberikan kelebihan ketika mengambil gambar di dalam suasana pencahayaan rendah.
• Quad-LED True Tone Flash – Empat lampu denyar LED pintar yang mengikut suhu warna dan 50 peratus untuk penghasilan gambar lebih jelas berbanding iPhone 6s.
• Fungsi kamera 12MP yang dapat merakam video beresolusi tinggi sehingga 4K di samping kamera hadapan 7MP.
Ciri-ciri lebih yang terdapat hanya pada iPhone 7 Plus adalah kamera bersudut lebar dan telefoto 12MP yang juga membenarkan zum sehingga 2x bagi optikal dan 10x bagi digital.


3) Cip pemprosesan A10

• Antara cip paling berkuasa yang menawarkan kadar pemprosesan dua kali lebih pantas dan lebih efisien daripada iPhone 6.
• Mempunyai hayat bateri paling lama daripada mana-mana iPhone.
• Kapasiti ditingkatkan kepada 32GB, 128GB dan 256GB.


4) Audio

• Untuk pertama kalinya, iPhone didatangkan dengan pembesar suara stereo.
• Pilihan Earpods bersama palam Lightning port atau fungsi wayarles Airpods yang boleh digunakan selama lima jam untuk satu kali pengecasan.


5) Perisian

• Menggunakan perisian iOS 10 yang terbaharu daripada Apple.
Sekiranya anda terlepas menyaksikan majlis pelancaran iPhone 7, saksikan video 107 saat ini:

#AirPod #Apple #iPhone 7 #iphone 7 plus #latest iPhone
;