5 makanan elak rambut beruban di usia muda

Gempak
Mac 24, 2017 22:21 MYT
Ini antara makanan yang boleh memberi khasiat pada rambut dan mengelakkan timbulnya uban pada usia muda.
PASTI ramai di antara kita yang mula panik dan cemas bila ada rambut putih atau uban di kepala, kan?
Walaupun di usia muda, ada di antara kita yang mengalami masalah ini dan tahap keyakinan diri mula berkurangan.
Tahukah anda, masalah uban yang tumbuh pada usia muda, adalah disebabkan kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.
Cara bagi mengatasi masalah uban ini adalah dengan meningkatkan nutrisi tubuh.
Berikut merupakan makanan yang boleh memberi khasiat pada rambut dan mengelakkan timbulnya uban pada usia muda.
1. Sayur Hijau
Vitamin B yang terkandung dalam sayur-sayuran hijau adalah sangat penting. Vitamin B-2, B-6 dan B-12 memainkan peranan utama untuk kesegaran rambut anda selain membantu untuk rambut kelihatan segar.
2. Coklat
Khasiat yang terkandung dalam coklat diperlukan bagi menghasilkan melanin, dan sumber warna rambut. Anda juga akan memperoleh zat yang sama dalam kacang dal atau cendawan.
3. Salmon
Ikan salmon memang bagus untuk mereka yang sedang berdiet termasuk rambut. Unsur selenium dalam salmon membantu menghasilkan hormone yang penting bagi rambut. Ia juga membantu mineral memerangi radikal bebas yang mengakibatkan kemunculan uban.
4. Strawberry, Blueberry, & Blackberry
Buah-buahan beri ini sangat membantu untuk meningkatkan penyerapan vitamin C yang membantu penghasilan kolagen selain memerangi radikal bebas. Anda boleh lihat perbezaannya selepas mengamalkan makan buah ini dengan kerap.
5. Kekacang
Kekacang seperti almond bagus untuk menurunkan kadar kolestrol jahat dalam darah dan mempunyai khasiat vitamin E yang baik untuk rambut
#BlackBerry #faktor genetik #kekurangan nutrisi #nutrisi tubuh #rambut putih #Sayur Hijau #selenium #uban
;