5 langkah mudah jana kod QR My Sejahtera, mudahkan pendaftaran pada Tahun Baharu Cina
Nickyson Nyambar
Januari 24, 2021 21:26 MYT
Januari 24, 2021 21:26 MYT
KUALA LUMPUR : Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, kerajaan telah menggariskan beberapa tatacara keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk diikuti dalam menyahut cabaran norma baharu.
Di Sarawak sebagai contoh, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) negeri itu telah mengeluarkan protokol serta garis panduan secara terperinci dalam meraikan sambutan terbesar masyarakat Cina itu.
Antara yang disenaraikan ialah aktiviti kunjung mengunjung hanya dibenarkan pada hari pertama melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja.
Had bilangan pengunjung juga tidak boleh melebihi 20 orang dan ia bergantung kepada keluasan kawasan.
Tuan rumah juga disarankan untuk menyediakan ruang atau meja di pintu masuk bagi tujuan pengukuran suhu dan pendaftaran melibatkan aplikasi pengesanan COVID-19 seperti My Sejahtera.
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana hendak menjana kod QR My Sejahtera untuk rumah anda, ikuti lima langkah mudah ini:
1. Pergi ke laman sesawang https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/ dan daftar number telefon anda.
2. Kemudian, anda akan menerima enam digit nombor OTP yang dihantar terus ke telefon anda. Ikuti langkah seterusnya.
3. Seterusnya, isi butiran-butiran seperti nama dan alamat. Bagi kategori premis, boleh memilih 'Private/Social Event yang bersesuaian dengan kunjungan Tahun Baharu Cina nanti.
4. Setelah semua maklumat lengkap, anda dengan mudah akan menerima kod QR.
5. Cetak kod QR dan letakkan di hadapan premis atau rumah anda.
Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Tahun Baru Cina di Sarawak
#SOP Tahun Baharu Cina
#norma baharu
#pandemik
#COVID-19
#kod QR
#MySejahtera
#SOP
#prosedur operasi standard