5 Hadiah unik untuk kekasih
Astro Publication
Februari 9, 2015 10:32 MYT
Februari 9, 2015 10:32 MYT
Bercakap mengenai hari kekasih, pasti ramai yang berfikiran serupa menyatakan bulan Februari ini adalah meraikan bulan bersama pasangan anda. Setiap hari adalah hari kekasih, menghargai insan yang tercinta bukan hanya tunggu bulan Februari saban tahun. Jom, InTrend senaraikan hadiah paling unik untuk hari kekasih.
PHILIPS IMAGEO CANDLELIGHT
Cantik juga menjadi peneman di kala gelap. Menerangi malamnya persis anda berada di sisi. Koleksi lampu dari Philips adalah yang paling bergaya untuk anda hadiahkan kepada kekasih anda. Lelaki juga gemarkan barangan sentimental.
OSTRICH PILLOW LIGHT
Bukan sahaja berguna malah ia ibarat satu dakapan di kala dirinya stress. Bantal ini sesuai untuk anda yang terlalu penat bekerja. Ia memberi anda keselesaan ketika anda tidur seketika. Tiada lagi alasan sakit kepala, leher dan sebagainya.
MOTOROLA WATCH
Jam tangan digital sudah pun menjadi trend masa kini. Jenama Motorola tidak lagi terkubur malah teknologi terkini mampu memberi kelainan dalam gaya hidup anda. Istimewa nya, jam tangan ini boleh di sambungkan bersama telefon mudah alih.
LACOSTE PERFUME WHITE
Sungguh wangi dan menenangkan. Wangian dan lelaki tidak dapat di pisahkan. Wangian ini sesuai untuk lelaki sejati. Percayalah…
HIMPUNAN BUKU FIXI
Koleksi buku fixi bukan saja miliki perisian cinta generasi baru, malah cover novel ini juga cantik “mesra instagram” bermakna si dia boleh memotretkan hadiah bermakna dalam IG nya.
Selamat mencuba