Adakah anda pernah teringin untuk melawat ke tempat – tempat yang kita sering melihat dalam cerita dongeng?

Melawat ke negara yang mempunyai tempat bagaikan alam fantasi yang menakjubkan memang menjadi impian setiap individu. Dengan alam yang tidak biasa dan pemandangan yang tidak nyata, tempat-tempat ini akan membuat anda bagaikan berada di dunia alam ghaib.

Dengan itu, jom kita melihat 5 tempat di dunia yang mirip dalam kisah – kisah dongeng.

COLMAR, PERANCIS

t

Daerah Colmar di Perancis merupakan kota yang paling indah di Eropah, seakan baru keluar dari negara dongeng. Kota Kecil di Alsace ini terkenal untuk seni bina kota yang berwarna warni dan tempat ini merupakan kota terkering kedua di Perancis.

PULAU FAROE

faroe

Sekali pandang, pulau ini seperti pulau yang dihuni para Hobits dan Elves dari “The Lord of the Rings”. Pulau ini bertempat di antara Iceland dan Norwegia, Samudra Atlantik Utara. Terdiri dari 18 pulau, Pulau Faroe ini mempunyai pemandangan yang indah dan dramatis serta ombak yang begitu samudara.

NEUSCHWANSTEIN CASTLE, JERMAN

castle

Istana yang mirip seperti ‘Istana Disneyland’ ini terletak di puncak pergunungan di Jerman dan sering menjadi inspirasi logo Disneyland yang kita lihat dalam filem- filem karya Walt Disney seperti Cinderella dan Sleeping Beauty.

Istana ini dikatakan mempunyai ruangan seperti ‘The Throne Room’ yang dihiasi dengan lukisan-lukisan di seluruh tembok dan mozaik dan ruang ‘The Singers Hall’ untuk pertunjukan musik dan drama. Macam menetap di alam sastera dan drama!

GREENLAND

k

Greenland adalah sebuah alam liar yang terpencil dengan tiada pembinaan jalan yang lengkap dan pemandangan yang belum terjamah. Permandangan alam yang menakjubkan ini tentu akan membuat anda menganga. Dengan jalan yang tidak lengkap dan penghuni yang tidak ramai, tempat ini bagaikan dihuni oleh Dwarf yang kita lihat dalam cereka dongeng.

HUTAN BAMBU, JEPUN

bambu

Hutan Bambu yang terletak di Kyoto, Jepun ini dikatakan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan industri filem, tetapi pemandangan hutan ini menyerupai latar belakang filem ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon or House of Flying Daggers’.