5 cara tarik minat anak-anak sertai pencarian Lailatul Qadar
Madiha Abdullah
Mei 14, 2020 10:16 MYT
Mei 14, 2020 10:16 MYT
MEMASUKI 10 malam terakhir Ramadan, umat Islam tahun ini berpeluang meluangkan lebih masa beribadat bagi mencari malam Lailatur Qadar, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berjalan.
Bagi golongan ibu bapa, ini mungkin masa sesuai untuk memperkenal dan memberi pemahaman kepada anak-anak tentang pencarian malam penuh barakah itu.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk memancing minat dan perhatian anak-anak.
1. Kumpulkan beberapa buku Islam kanak-kanak dan paparkan dengan cara menarik mengikut kreativiti di rak bagi dijadikan bahan bacaan.
2. Hadiahkan gift box berisi buku dan mainan. Antara yang boleh diberikan adalah tafsir al-Quran dalam bentuk mini, yang membantu anak-anak mentafsir surah-surah pendek dalam ayat yang ringkas dan mudah difahami.
3. Cuba pelbagai board game yang menyeronokkan dan boleh membantu mendidik anak-anak mengenai Islam.
4. Galakkan anak-anak menulis beberapa doa pendek pada kepingan kadbod kecil. Boleh juga dihias mengikut kreativiti sekaligus menarik minat mereka untuk membacanya. Tetapi pastikan ia disimpan dengan baik selepas itu.
5. Dirikan khemah kecil dalam rumah, lengkap dengan bantal, selimut, makanan ringan, al-Quran dan buku-buku sirah serta doa. Jadikan 'pondok' kecil ini tempat untuk anak-anak beriktikaf.
#10 malam terakhir Ramadan
#anak
#ibu bapa
#Kanak-kanak
#keluarga
#Lailatur Qadar
#malam penuh barakah
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Ramadan