5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya

Amanz
April 25, 2024 10:20 MYT
Trend pengguna TikTok sepanjang Ramadan sehingga musim Raya menunjukkan peningkatan pengaruh TikTok yang bukan sekadar untuk berkongsi dan mencipta kandungan baharu, malah makin menjadi pilihan buat pengguna membeli barangan. - Foto Amanz
BULAN puasa di Malaysia merupakan satu bulan yang penting untuk semua, termasuklah kepada jenama popular dan juga gergasi teknologi.
Tiktok Malaysia pada hari ini telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai trend dan statistik penggunaan TikTok Shop pada bulan Ramadan 2024.
Sehingga kini Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana barangan tersebut turut digayakan dan didemonstrasikan, memberikan pemahaman kepada bakal pembeli mengenai produk mereka.
Sepanjang kempen Ramadan Raya, sebanyak 5.9 Bilion tontonan di TikTok, iaitu pertumbuhan sebanyak 137% dan 10% dari tontonan tersebut adalah berkaitan perniagaan.
Malah, dalam tempoh itu juga telah menyaksikan sebanyak 292 juta baucar diberikan kepada pengguna, dan tempoh siaran langsung menerusi TikTok Live meningkat sebanyak 78% baik dari peniaga mahupun pengguna.
Dengan perkembangan trend pengguna TikTok sepanjang bulan Ramadan sehinggalah musim Raya ini jelas sekali menampakkan peningkatan pengaruh TikTok yang bukan sekadar untuk berkongsi dan mencipta kandungan baharu, malah makin menjadi pilihan buat pengguna membeli barangan dari TikTok Shop.
#TikTok #pengguna malaysia #bulan puasa #Hari Raya Aidilfitri
;