2021: Jangkaan trend pelancongan dan perjalanan

Madiha Abdullah
Januari 3, 2021 10:12 MYT
Orang ramai akan merancang perjalanan dengan lebih teliti dan ia hanya dilakukan hanya jika ia benar-benar perlu. - Gambar hiasan
INI adalah ramalan perjalanan dan sektor pelancongan untuk tahun 2021, sekali gus melihat kepada bagaimana pandemik COVID-19 telah mengubah trend industri.
Maklumat imunisasi
Pelancong mungkin perlu bersedia untuk menunjukkan bukti imunisasi mereka. Malah ada kemungkinan mereka yang melakukan perjalanan atas sebab kerja juga perlu menunjukkan rekod imunisasi bagi membolehkan mereka masuk ke sesebuah negara.
Perjalanan darat jadi pilihan
Perjalanan darat menggunakan kereta persendirian akan lebih popular pada tahun 2021. Ia membabitkan jarak perjalanan yang tidak begitu jauh dan menjadi pilihan bagi mereka yang mahu lari dari kesibukan kota.
Trend ini dilihat lebih selamat kerana ia memudahkan pelancong melakukan penjarakan fizikal dan tidak perlu bersesak dalam pengangkutan awam.
Perjalanan udara bermula April
Tidak banyak penerbangan di awal tahun ini, susulan langkah banyak syarikat penerbangan untuk mengurangkan kos, dengan fokus pada laluan yang lebih dekat sehingga terdapat permintaan komersial kembali pulih.
Melancong dengan sebab
Tiada lagi melancong untuk bersuka-suka, sebaliknya orang ramai akan merancang perjalanan dengan lebih teliti dan ia hanya dilakukan hanya jika ia benar-benar perlu.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!

#pelancongan #COVID-19 #pelancong #pandemik #imunisasi #vaksin #penerbangan #sektor pelancongan #kereta #kesihatan #industri
;