NAMPAKNYA tirai tahun 2020 bakal dilabuhkan dan tiba masanya untuk kita mengucapkan selamat datang kepada 2021.

Tahun 2020 dilihat sukar bukan sahaja bagi sektor ekonomi malah pelancongan juga turut terkena tempias akibat penularan pandemik COVID-19.

Meskipun sukar, rakyat Malaysia tetap berjuang bersama dalam membantu kerajaan bagi menentang penularan COVID-19.

Syabas rakyat Malaysia!

Jadi sebelum kita ucapkan "Hello" kepada 2021 ini merupakan berita-berita yang menjadi tumpuan sepanjang bulan Disember 2020.


VAKSIN HAMPIR TIBA, ADAKAH INI PENGHUJUNG COVID-19

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca.

Ia sekali gus memberikan jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus secara keseluruhan selepas perjanjian yang sama ditandatangani bersama fasiliti COVAX, syarikat Pfizer dan syarikat AstraZeneca.

BACA : COVID-19: PM umum jadi antara individu pertama terima suntikan vaksin

BACA : Malaysia dijangka terima vaksin COVID-19 awal tahun depan - PM

BACA : Vaksin COVID-19: Hukum pengambilan harus, wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan

BACA : Widad Group jelas pelan jual vaksin COVID-19 di Malaysia


BACA : Isu pembekalan vaksin COVID-19 syarikat Pfizer tak jejas bekalan untuk Malaysia - Khairy

BACA : Vaksin COVID-19 percuma untuk rakyat Malaysia - PM



DAH NAK HABIS 2020 TIMBUL PULA ISU KARTEL DAGING

Awal bulan ini, negara digemparkan dengan berita sindiket penyelupan daging yang dipercayai dari luar negara.

Menurut laporan Sinar Harian, taktik tersebut dibongkar dalam serbuan bersepadu oleh pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor.

Sindiket berkenaan turut dipercayai membungkus semula daging tersebut dengan logo halal palsu yang dicap di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum diedar dan dijual di seluruh negara.

BACA : Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini

BACA : Isu kartel daging: KPDNHEP setuju supaya RCI ditubuhkan - Rosol

BACA : Isu kartel: Tiada daging kanggaru, kuda dan babi ditemui






HILANGNYA DUA PERMATA NEGARA

Bulan Disember, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian dua Permata Negara.

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid telah dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang.

Beberapa hari selepas pemergian Ungku Abdul Aziz, Malaysia dikejutkan dengan pemergian ibunda kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah.

BACA : Tun Rahah meninggal dunia

BACA : Kekuatan di sebalik kelembutan wanita bernama Tun Rahah

BACA : Mengenang Tun Rahah: Insan ini penyayang, prihatin, baik hati dan tabah - Hishammuddin

BACA : Agong, Permaisuri zahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Rahah

BACA : Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa

BACA : Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati


AWANI RWD: Hilangnya dua permata negara

Malaysia perlu kaji dan tumpu sumbangan besar Prof Ungku Aziz


#AWANIByte: Mengenang Ungku Aziz - Isu kemiskinan Melayu dan 4 perkara bentuk sikap

DISENARAIKAN DALAM FORBES, SITI NURHALIZA UMUM HAMIL ANAK KEDUA

Berita gembira buat semua peminat penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila penyanyi tersebut mengumumkan bahawa beliau kini sedang hamil anak kedua.

Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut tersenarai dalam Forbes Asia sebagai antara 100 selebriti paling berpengaruh di media sosial peringkat Asia Pasifik.

Tidak habis sampai di situ, beliau juga mendapat pengiktirafan di mana namanya bakal diabadikan di Walk of Fame, Adelaide, Australia.

BACA : "Niat saya cuma bantu peniaga kecil" - Siti Nurhaliza

BACA : Siti Nurhaliza bakal timang bayi lelaki, mahu letak nama awalan huruf 'A'

BACA : Sumbangan 25 tahun dalam kerjaya seni, Siti Nurhaliza teruja diiktiraf Walk of Fame Adelaide

BACA : Siti Nurhaliza bakal adakan konsert tahun hadapan



Eksklusif Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza


HUBUNGAN NEELOFA DAN PU RIZ BERGOLAK 

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, nama seorang lagi selebriti tersohor tanah air, Neelofa dan tunangnya PU Rizz juga menjadi trending di media sosial.

Difahamkan wujud spekulasi mengenai status hubungan pasangan berkenaan selepas tularnya dakwaan kononnya ikatan antara kedua-dua mereka sedang mengalami ujian.

Tapi dakwaan berkenaan telah pun dijawab oleh ‘tuan empunya badan’ menerusi satu muat naik video di laman Instagramnya sendiri.

BACA : "Neelofa, PU Riz sedang harungi dugaan bertunang" - Sumber

BACA : Neelofa nafi sudah bernikah, keluarga bincang soal hubungan dengan PU Riz

BACA : "Terkena minyak pengasih tuduhan berat" - Neelofa

BACA :  PU Riz 'bersuara', batal rakaman program TV sepanjang Januari



Kenyataan Rasmi Noor Neelofa Mohd Noor


Ini berita tumpuan sepanjang tahun 2020 :

 

[INFOGRAFIK] Rangkuman Berita Sepanjang 2020

 
Selamat Tahun Baharu semua!