136 perjumpaan, tidak ditawarkan janji temu kedua

Shamil Hizamie
Mei 10, 2015 22:00 MYT
Seorang wanita berjanji temu sebanyak 136 kali namun tidak pernah ditawarkan janji temu kedua
Cinta sememangnya misteri. Kadang kala banyak rintangan perlu diharungi ada kalanya cinta senang pula dicari.
Bagaimana pula jika sudah berjumpa lebih 100 individu tetapi tiada sesiapa yang memilih menjadi pilihan hati?
Itulah yang berlaku terhadap seorang wanita dari Australia. Belinda Stuckey sudah bertemu janji sebanyak 136 kali namun tidak pernah ditawarkan janji temu kedua.
Belinda mendaftar di laman dating online, eHarmony sejak tahun 2013 dengan harapan untuk mencari cinta sejati. Wanita berusia 35 tahun itu tergerak untuk mendaftar selepas hubungan cinta bersama bekas teman lelaki putus selepas empat tahun.
Memetik laporan E!, guru sekolah rendah itu telah berjanji temu sebanyak 136 kali dalam tempoh 17 bulan.
Menurut Belinda, dia tahu apa yang dimahukan dan sehingga kini tidak dapat berjumpa lelaki yang memenuhi kriteria itu.
“Saya mahukan lelaki yang benar-benar lelaki. Seseorang yang boleh buat keputusan dan bukannya mereka yang tidak serius dalam perhubungan,” ujarnya.
Meskipun berkali-kali ditolak tetapi Belinda tetap mengekalkan sifat positif dan menganggap setiap janji temu itu sebagai satu pengalaman baru.
#Belinda Stuckey #dating #eHarmony
;