10 panduan di tempat kerja pasca PKP
Madiha Abdullah
Mei 9, 2020 20:43 MYT
Mei 9, 2020 20:43 MYT
PENJARAKAN sosial perlu menjadi amalan utama untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Oleh itu, langkah-langkah di bawah boleh dijadikan panduan, terutama majikan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja yang kembali ke pejabat pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Senarai berikut ini merupakan antara saranan keperluan am tempat kerja yang disediakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:
- Pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke bangunan pejabat perlu diwajibkan untuk kakitangan dan bukan kakitangan.
- Elakkan pekerja bergaul secara bebas dan terbuka
- Membersihkan (nyahkuman) kawasan kerja atau bahagian yang terjejas dengan segera
- Pekerja yang kembali bekerja selepas tempoh pengasingan/rawatan mesti mengikuti protokol dan garis panduan KKM
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#majikan
#pejabat
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#wabak