Sun Mar 02 2014


Trek basikal lasak ini merupakan antara sukan lasak yang terdapat di Taman Sukan Ekstrim Putrajaya. Antara aktiviti yang ada termasuklah aktiviti papan selaju, memanjat dan aktiviti berbasikal lasak atau Mountainbike. Lokasi aktiviti-aktiviti ini terletak di Presint 5 dan 20 meliputi kawasan seluas 47 hektar di Taman Selatan.

Cabar diri anda dengan mengikuti aktiviti terjunan bungee yang terletak di Taman Ekstrim, Sunway Lagoon.

Jeram Besu terletak di Sungai Lipis, 6km sebelum tiba di pekan BentA, kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Lokasi ini dapat memuaskan hati penggemar sukan lasak dengan mengikuti aktiviti seperti berakit, berkayak dan berkanu.

Gua Pari merupakan sebuah gua kapur yang menjadi tarikan buat penggemar sukan lasak seperti 'Rock Climbing'.

Nikmati pemandangan indah di Kampung Kemensah di Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan jenis all-terrain vehicle (ATV).

Pusat Peranginan Hutan Hujan Sedim merupakan kawasan yang terbaik buat mereka yang dahagakan keindahan alam semula jadi. Teroka lokasi indah ini dan hilangkan diri anda buat sementara daripada kesibukkan kota.

Luangkan masa bersama rakan dengan mengikuti aktiviti paintball di Dusun Ali King yang mengambil masa hanya kira-kira 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple

Spotify mula terima buku audio dijana AI
