Upacara pemakaman Almarhum Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah
Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Sun Nov 29 2015
ALOR STAR, 29 Nov - Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah (duduk, tiga kiri) memerhatikan jenazah adinda Almarhum Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, diusung untuk solat jenazah di Istana Anak Bukit hari ini. - fotoBERNAMA (2015)
ALOR SETAR, 29 Nov - Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin (depan, tengah) mengimamkan solat jenazah Almarhum Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah di balai penghadapan Istana Anak Bukit hari ini. Almarhum Tunku Abdul Malik mangkat pada usia 86 tahun kira-kira pukul 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Tunku Abdul Malik, adinda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diputerakan pada 24 Sept 1929 di Istana Anak Bukit. - fotoBERNAMA (2015)
ALOR STAR, 29 Nov - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit hari ini. Turut mengiringi baginda, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (lima, kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir (empat, kiri). - fotoBERNAMA
ALOR STAR, 29 Nov - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit hari ini. - fotoBERNAMA (2015)
ALOR STAR, 29 Nov - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit hari ini. Turut mengiringi baginda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. - fotoBERNAMA (2015)
ALOR STAR, 29 Nov - Jenazah Almarhum Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, dibawa menggunakan pedati untuk disemadikan di Makam Diraja Langgar hari ini. Tunku Abdul Malik mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akibat kegeringan. - fotoBERNAMA (2015)
ALOR STAR, 29 Nov - Jenazah Almarhum Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, diusung ke Makam Diraja Langgar hari ini. Tunku Abdul Malik mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akibat kegeringan. - fotoBERNAMA (2015)
ALOR SETAR, 29 Nov - Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (tengah) menyiram air mawar pada pusara Almarhum Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah di Makam Diraja Langgar hari ini. Tunku Abdul Malik, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akibat kegeringan. - fotoBERNAMA (2015)
ALOR SETAR, 29 Nov - Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim (dua, kiri) menyiram air mawar pada pusara Almarhum Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah di Makam Diraja Langgar hari ini. Turut hadir Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (dua, kanan), Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah (empat, kanan) dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas (tiga, kanan). Tunku Abdul Malik, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akibat kegeringan. - fotoBERNAMA (2015)
ALOR SETAR, 29 Nov - Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah (dua, kiri) menyiram air mawar pada pusara Almarhum Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah di Makam Diraja Langgar hari ini. Turut hadir Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (dua, kanan) dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas (tiga, kanan). Tunku Abdul Malik, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akibat kegeringan. - fotoBERNAMA (2015)
ALOR SETAR, 29 Nov - Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kegeringan. Almarhum adalah adinda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, diputerakan pada 24 Sept 1929 di Istana Anak Bukit. - fotoBERNAMA (2015)
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
EPL: Kemenangan tipis kembalikan Arsenal ke tangga kedua
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri