Tue Jun 23 2015


Bernama melaporkan enam mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tampin, manakala mayat tiga warga Myanmar telah dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat. - Foto Twitter Bernama

Tiga warga Myanmar maut manakala enam lagi pekerja binaan di tempat letak kereta sebuah pasaraya dalam pembinaan di Pulau Sebang, Melaka dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.15 petang Isnin. Kerja-kerja menyelamat melibatkan 78 anggota bomba dengan tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Kubu, Masjid Tanah dan Bukit Katil. Turut terlibat 21 pegawai dan anggota polis Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Jabatan Kesihatan. - Foto Bernama

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.15 petang Isnin, tiga warga Myanmar yang merupakan pekerja binaan di bangunan sebuah pasaraya yang terletak di Pulau Sebang, Alor Gajah di Melaka maut manakala enam lagi cedera. Mangsa tragedi telah dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat. Foto Twitter Bernama

Tiga warga Myanmar dilaporkan maut dalam satu kejadian bangunan runtuh di Pulau Sebang, Alor Gajah pada Isnin kira-kira pukul 2.15 petang. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Nazili Mahmood berkata pihaknya sudah mengumpul maklumat dari ketua pekerja di tapak lokasi. - Foto Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Sebahagian daripada runtuhan bangunan pasaraya Mydin yang telah meragut tiga nyawa warga Myanmar yang juga merupakan pekerja binaan di bangunan tersebut. Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata kejadian pada pukul 2.15 petang itu turut mengakibatkan enam pekerja lain yang juga warga Myanmar manakala tiga lagi cedera parah. - Foto Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)

Imej menunjukkan sebahagian daripada bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh pada petang Isnin. Seramai tiga warga Myanmar dilaporkan maut manakala enam orang lagi tercedera. Mangsa telah dibawa ke Hospital untuk dibedah siasat. Foto Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)

Laporan Bernama memetik seorang peniaga Mohd Daud Ali, 34, yang berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan terdengar dentuman kuat sebelum bergegas ke belakang kedai kira-kira jam 2.20 petang. Katanya, dia kemudian memasuki kawasan tapak pembinaan berkenaan dan melihat runtuhan konkrit menimbus beberapa pekerja kontrak di tingkat atas bangunan tersebut. - Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang Isnin, 3 warga Myanmar disahkan maut dalam kejadian pasaraya dlm pembinaan runtuh tesebut. Enam lagi pekerja binaan dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Tampin serta-merta untuk mendapakan rawatan. - Twitter Astro AWANI/HILAL AZMI

Sekumpulan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus untuk mengeluarkan mangsa dari runtuhan bangunan di Pulau Sebanh yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Tiga warga Myanmar telah disahkan maut dalam kejadian pasaraya Mydin dalam pembinaan runtuh pada jam 2.15 petang, Isnin. - Twitter Astro AWANI/Hilal Azmi

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
