Thu Aug 18 2016


Gambar lama menunjukkan pekerja bergambar di hadapan pintu masuk lombong bijih timah di Sungai Lembing ketika ia masih beroperasi. Kelihatan pemandu pelancong mengunakan kereta api yang dahulunya digunakan untuk mengangkut bijih timah bagi membawa pelancong. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Pelancong merentas hutan simpan yang terletak di Sungai Lembing menuju ke tempat tarikan utama iaitu air terjun pelangi atau dikenali sebagai "Rainbow Waterfall". Jika pengunjung ingin ke sana, mereka harus menaiki pacuan empat roda selama satu jam dan meredah hujan selama sejam bergantung pada cuaca di sana. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Gambar lama menunjukkan pekerja lombong timah menolak bijih yang telah dipecahkan untuk diproses, manakala patung simen menunjukkan bagaimana pekerja mengasingkan ketulan bijih timah. Pendapatan pelombong pada ketika itu ialah RM4.20 sehari dan mereka hanya perlu bekerja selama lima jam. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar pelangi di Air Terjun Pelangi atau dikenali sebagai "Rainbow Waterfall" yang kini menjadi tarikan utama setelah lombong bijih timah ditutup pada tahun 1980-an. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Gambar menunjukkan pelombong bijih timah di hadapan mesin pengorek yang digunakan untuk kerja penggalian. Jarak lombong bijih timah di Sungai Lembing boleh mencapai sehingga 322km dan kedalamannya di antara 610m dan 700m. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Salah seorang bekas pekerja lombong bijih timah kendalian Pahang Consolidated Company Limited (PCCL), Yap Yoon Nan, 84 tahun, kini menjadi seorang pembaiki jam dan memiliki kedainya sendiri. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Foto lama menunjukkan pekerja lombong bergambar di kawasan pemprosesan bijih timah. Ketika zaman kegemilangan Sungai Lembing, populasi di sana pernah mencapai lebih 30,000 penduduk yang majoritinya adalah kaum Cina. Kini, jumlah penduduk hanya sekitar 3,000 orang. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Kelihatan kanak-kanak bermain bola sepak di padang Sungai Lembing. Kebanyakan yang tinggal di pekan kecil ini hanyalah kanak-kanak dan orang tua oleh kerana anak muda di Sungai Lembing telah berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih banyak di sana. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Pengunjung berehat di tebing sungai Air Terjun Pelangi atau dikenali sebagai "Rainbow Waterfall". Sejak kejatuhan harga bijih timah, penduduk tempatan mula menjadikan Sungai Lembing sebagai destinasi pelancongan dan ia kini menjadi antara punca rezeki utama di sana. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Suasana di taman permainan kanak-kanak di Sungai Lembing, Pahang. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Seorang lelaki tua menutup pintu rumahnya di Sungai Lembing, Pahang. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Antara gerabak kereta api dan kereta kecil yang digunakan untuk membawa bijih timah dari lombong ke kawasan sungai untuk dibawa ke Kuantan. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Pelombong Cina yang membuka penempatan di Sungai Lembing selain pelbagai perniagaan mereka sendiri. Penempatan ini masih boleh dilihat sehingga kini.

Pelombong dari China memulakan perlombongan di Sungai Lembing dan membuka penempatan di sana.

Pekerja lombong menggunakan pengangkut untuk turun ke kawasan dasar lombong. Sungai Lembing merupakan satu-satunya kawasan lombong di Asia yang mempunyai lombong bawah tanah.

Sungai Lembing mempunyai lombong bijih timah antara yang terbesar di dunia dengan ketinggian 12 tingkat bawah tanah.

Antara pelombong yang pernah bekerja di lombong bijih timah Sungai Lembing.

Sungai Lembing mempunyai tujuh jambatan gantung yang menyambung penduduk kampung ke pusat bandar.

Seorang pekerja menolak usungan berisi bijih timah dari lombong untuk diproses.

Di zaman kegemilangannya, bijih timah dari Sungai Lembing dibawa menggunakan kereta api ke sungai sebelum dibawa ke Kuantan.

Sungai Lembing merupakan pusat komersial yang begitu maju sehingga panggung wayang pertama di Asia dan hospital pertama di negeri Pahang juga dibina di sini.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
