Fri Feb 19 2016


Tren berkenaan memulakan perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur kira-kira 10 pagi dan dijangka tiba di Stesen KTMB Segamat pada kira-kira 4.45 petang. Perjalanan yang melalui enam stesen KTMB itu membabitkan tren empat gerabak yang mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh jam. Baginda memiliki lesen memandu kereta api Kelas 26 pada 28 Jun 2010. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Kereta api berkenaan memulakan perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur kira-kira 10 pagi dan dijangka tiba di Stesen KTMB Segamat pada kira-kira 4.45 petang. Perjalanan yang melalui enam stesen KTMB itu membabitkan tren empat gerabak yang mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh jam. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diiringi oleh dua pemandu lokomotif KTMB Mohd Kamal Asmawi dan Supawi Ismail. Jarak perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur ke Segamat melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 378km. Ini merupakan kali kesepuluh baginda memandu kereta api selepas kali terakhir pada empat hari lepas dari JB Sentral ke Segamat. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Memandu tren buat kali kesepuluh, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memandu tren khas dari Stesen Kuala Lumpur ke Segamat melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 378km. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
