SK20: 20 (dan enam lagi) 'shot' terbaik filem Stanley Kubrick
Ini antara komposisi gambar terbaik daripada filem-filem karya Stanley Kubrick.
Thu Mar 07 2019
Killers Kiss (1955) - Killers Kiss merupakan filem panjang pertama yang diarahkan Kubrick. Dalam adegan ini, watak utama Davy Gordon (Jamie Smith) sedang bersedia untuk berdepan lawannya Kid Rodriguez di sudut seberang dalam satu perlawanan tinju. - edaran United Artist
Killers Kiss (1955) - Adegan Freudian dream sequence memaparkan Iris Price (Ruth Sobotka) sedang menari ballet ketika watak utama, Gloria Price (Irene Kane) menceritakan tragedi yang melanda adiknya itu yang bekerja di sebuah kelab malam bernama Pleasureland. - edaran United Artist
Killers Kiss (1955) - Watak utama, Davy Gordon (Jamie Smith) bersembunyi di celahan patung mannequin dalam adegan pergaduhan dengan pemilik kelab malam Pleasureland, Vincent Rapallo (Frank Silvera). - edaran United Artist
Dr.Strangelove (1964) - Dr. Strangelove, or How I Learned to Stop Worrying and Love the Bomb merupakan filem fiksyen perang bergenre 'dark comedy' oleh Kubrick. Dalam adegan ini, Jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat, Jack D. Ripper (Sterling Hayden), mengeluarkan arahan supaya pesawatnya melancarkan serangan terhadap Soviet Union tanpa pengetahuan Presiden. - edaran Colombia Pictures
Dr. Strangelove (1964) - Pandangan di dalam War Room Amerika Syarikat menunjukkan pegawai-pegawai perang melihat ke arah peta Soviet Union. - edaran Colombia Pictures
Dr. Strangelove (1964) - Dr. Strangelove (Peter Sellers), pakar perperangan nuklear yang juga bekas anggota Nazi yang kini berkhidmat dengan tentera A.S melihat situasi di dalam War Room dari satu sudut gelap. - edaran Colombia Pictures
2001: A Space Odyssey (1968) - Filem bergenre sains fiksyen daripada Kubrick ini dianggap sebagai antara yang paling ikonik sepanjang zaman. Adegan ini memaparkan sekumpulan saintis memeriksa sebuah monolith hitam misteri yang ditemui di dalam kawasan Klavius di atas permukaan bulan. - edaran Metro-Goldwyn-Mayer
2001: A Space Odyssey (1968) - Dua angkasawan, David Bowman (Keir Dullea) dan Frank Poole (Gary Lockwood) berbincang tentang misi mereka ke Jupiter tanpa menyedari sedang diperhatikan oleh komputer berkepandaian buatan (A.I.), HAL 9000. Kubrick antara yang terawal membangkitkan persoalan bahawa komputer berpotensi mengatasi manusia. - edaran Metro-Goldwyn-Mayer
2001: A Space Odyssey (1968) - Angkasawan David Bowman (Keir Dullea) sedang melalui terowong untuk memperbaiki kerosakan pada kapal angkasa yang dinaiki untuk misi ke Jupiter. - edaran Metro-Goldwyn-Mayer
2001: A Space Odyssey (1968) - Close-up shot ekspresi wajah angkasawan, David Bowman (Keir Dullea) selepas mengetahui kebenaran misi mereka ke Jupiter. Kubrick juga gemar bermain dengan warna untuk membangkitkan 'mood'. - edaran Metro-Goldwyn-Mayer
A Clockwork Orange (1971) - Shot pembukaan filem penuh kontroversi ini menunjukkan ekspresi wajah watak utama, seorang penjenayah masyarakat bernama Alexander DeLarge (Malcolm McDowell). - edaran Warner Bros
A Clockwork Orange (1971) - Shot perspektif satu titik yang menjadi 'trademark' Kubrick menunjukkan Alexander DeLarge (Malcolm McDowell) bersama konconya yang dipanggil 'droogs', iaitu Pete, Georgie dan Dim sedang mencari mangsanya. - edaran Warner Bros.
A Clockwork Orange (1971) - 'Close-up' shot mata watak utama, Alex DeLarge (Malcolm McDowell) yang dikunci ketika menjalani terapi untuk merawat penyakit mentalnya. - edaran Warner Bros.
Barry Lyndon (1975) - Bagaikan lukisan kurun ke-18, filem ini dianggap antara yang paling cantik pernah dihasilkan dalam sejarah perfileman. Kubrick menyusun perincian dalam setiap shot filem ini dengan begitu teliti. - edaran Warner Bros.
Barry Lyndon (1975) - Kubrick menggunakan lensa yang dicipta khas oleh Carl Zeiss untuk fotografi angkasa lepas, supaya dapat merakam adegan malam yang hanya menggunakan lampu lilin bagi membawa perasaan sebenar era kurun ke-18 kepada audiens. - edaran Warner Bros.
Barry Lyndon (1975) - Watak utama, Redmond Barry (Ryan O'Neil) menaiki tangga status dari rakyat marhaen sehingga menjadi hartawan yang mahu dikenali sebagai Barry Lyndon. Namun alpa dan angkuh membawa kepada kejatuhannya. - edaran Warner Bros.
Barry Lyndon (1975) Hampir setiap shot dalam filem ini cantik untuk dicetak dan dibingkaikan. Kubrick mengkaji dan mendalami segenap aspek kurun ke-18 untuk diterjemahkan dalam filem ini. - edaran Warner Bros.
The Shining (1980) - Satu lagi karya hebat daripada Kubrick yang disifatkan pengkritik sebagai antara filem seram terbaik. Filem ini juga antara yang terawal mempelopori penggunaan Steadicam sepertimana digunakan dalam adegan ini. - edaran Warner Bros
The Shining (1980) - Adegan yang menandakan watak utama, Jack Torrance (Jack Nicholson) seorang penulis mula dirasuk semangat jahat dan menaip ribuan baris ayat yang sama. - edaran Warner Bros.
The Shining (1980) - "Here's Johnny!" Jack Nicholson menambah baris dialog dalam shot ikonik ini berdasarkan sebuah rancangan lewat malam terbitan NBC, The Tonight Show Starring Johnny Carson. - edaran Warner Bros
Full Metal Jacket (1987) - Satu lagi filem bertema perang mengisahkan perjalanan Pvt. Joker (Matthew Modine) menjalani latihan sebagai anggota U.S. Marine Corps dan pengalamannya menyertai Perang Vietnam. - edaran Warner Bros.
Full Metal Jacket (1987) - Instruktor latihan U.S. Marine Corps, R. Lee Ermey pada asalnya dilantik sebagai penasihat ketenteraan dan meyakinkan Kubrick untuk mengambilnya bagi watak Gunnery Sergeant Hartman. - edaran Warner Bros.
Full Metal Jacket (1987) - Adegan akhir memaparkan pasukan U.S. Marine Corps berarak pulang ke kem sambil menyanyikan lagu Mickey Mouse March. - edaran Warner Bros.
Eyes Wide Shut (1999) - Filem erotik misteri psikologi berdasarkan novel Arthur Schnitzler terbitan 1926 bertajuk Traumnovelle. Ini merupakan filem terakhir daripada Kubrick yang meninggal dunia enam hari selepas menunjukkan suntingan akhir filem ini kepada Warner Bros. - edaran Warner Bros.
Eyes Wide Shut (1999) - Penggambaran filem ini mengambil masa 15 bulan, termasuk 400 hari tanpa henti - menjadikannya penggambaran filem secara berterusan paling panjang dalam Guinness World Records. - edaran Warner Bros.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat Azerbaijan
Tumpuan Khamis – 26 Disember 2024
Muzium FIFA di Switzerland pelihara legasi ikonik bola sepak
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini