Wed Mar 01 2017


KUALA LUMPUR, 2 Mac - Balu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin Puan Sri Halijah Abdullah ketika mengaminkan doa untuk jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang hari ini. - fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Antara rakan artis veteran yang menyiram air mawar ke atas pusara Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin di Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang hari ini. - fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Balu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin Puan Sri Halijah Abdullah (tengah) menyiram air mawar ke atas pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang hari ini. - fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Jenazah Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin diusung untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang hari ini. - fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin Putera Hang Nadim ketika mengaminkan doa selepas solat jenazah bapanya di Masjid Al-Ridhuan hari ini. Turut bersama anak sulung Allahyarham Putera Hang Jebat (belakang). Allahyarham Jins, 81, meninggal dunia ketika hendak mendapatkan rawatan akibat sesak nafas di sebuah klinik di Taman Melawati petang semalam. - fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ketika membaca doa selepas solat jenazah Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin, 81, di Masjid Al-Ridhuan hari ini. - fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin bergambar bersama rakan artis semasa menziarahi beliau di kediamannya di Ulu Kelang, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2015. - fotoBERNAMA

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan Penggiat Seni berjumlah RM5,000 kepada bekas Senator Negara yang juga seniman negara, Tan Sri Dr Jins Shamsudin di rumahnya yang terletak di Kampung Pasir, Ulu Klang di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2013. - fotoBERNAMA

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) berbincang sesuatu dengan Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin di lobi Parlimen, Kuala Lumpur pada 29 Mac 2010. - fotoBERNAMA

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Khalid Yunus bermesra dengan sebahagian daripada seniman dan artis yang hadir pada majlis mesra Aidilfitri Kementerian Penerangan di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 22 Januari 2000. Kelihatan dari kiri Datuk Aziz Singah, Mustapa Maarof, Datuk Jins Samsuddin dan Aimi Jar. - fotoBERNAMA

Senator, Tan Sri Jins Shamsuddin mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-13 Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) di Bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Kuala Lumpur pada 28 Disember 2008. - fotoBERNAMA

Senator Tan Sri Jins Shamsudin mengangkat sumpah bagi penggal kedua sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh di Parlimen, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2008. - fotoBERNAMA

Jins Shamsudin ketika berucap di majlis Pesta Filem Malaysia di Kuala Lumpur pada 10 Disember 1983. - fotoBERNAMA

Jins Shamsuddin selaku Ketua Penerangan UMNO Cawangan Changkat Jering hadir di Majlis Penutup Kongres Bumiputera di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 1 Jun 1980. - fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
