Selamat jalan, Karpal Singh
Orang ramai dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama hadir ke Dewan Sri Pinang pagi ini bagi memberikan penghormatan terakhir.
Sun Apr 20 2014
Satu bunga diletakkan di hadapan kediaman mendiang Karpal Singh. Orang ramai tiba di kediamannya di Jalan Utama, Pulau Pinang seawal 6 pagi untuk memberi penghormatan terakhir mereka buat pemimpin DAP yang meninggal pada usia 73 dalam satu kemalangan pada Khamis. -AWANI/SHAHIR OMAR
Van yang membawa keranda Karpal Singh meninggalkan kediaman mendiang di Jalan Utama, Pulau Pinang. -AWANI/SHAHIR OMAR
Ahli keluarga mendiang tiba di Dewan Sri Pinang bagi upacara penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan peguam ikonik Karpal Singh. -AWANI/SHAHIR OMAR
Keranda mendiang Karpal Singh tiba di Dewan Sri Pinang pada 8.24 pagi tadi. Sekitar pukul 8.40 pagi, dewan dibuka bagi orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir. -AWANI/SHAHIR OMAR
Suasana sedih menyelubungi upacara penghormatan terakhir mendiang Karpal Singh di Dewan Sri Pinang. -AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang lelaki tidak dapat menahanan kesedihan di upacara penghormatan terakhir mendiang Karpal Singh. Mendiang begitu dihormati sebagai tokoh politik dan peguam ikonik. -AWANI/SHAHIR OMAR
Barisan panjang manusia, tua dan muda dari seluruh negara menunggu peluang untuk mendekati keranda bekas pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor itu. -AWANI/SHAHIR OMAR
Orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bekas pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Dewan Sri Pinang di sini hari ini. Foto BERNAMA
Salah seorang penyokong tegar mendiang Karpal menampal pelekat dengan potret mendiang bagi melahirkan sokongan di majlis pengkebumian. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Keranda yang membawa mayat mendiang pemimpin DAP, Karpal Singh diarak di sepanjang jalan di Pulau Pinang. Ribuan keluar memberikan penghormatan terakhir. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pandangan dari jauh perarakan keranda mendiang Karpal Singh. Selain ahli keluarga, pelbagai lapisan masyarakat turut serta dalam perarakan terbabit. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Beberapa potret mendiang Karpal Singh dipamerkan oleh mereka yang hadir, jelas tanda setia mereka kepada perjuangan pemimpin DAP itu. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Jambangan bunga oleh salah seorang yang hadir mengiringi perarakan mendiang Karpal Singh pada Ahad. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Poskad dengan gambar pemimpin DAP dan peguam terkenal, mendiang Karpal Singh turut diedarkan pada upacara pengkebumian pada Ahad. Karpal meninggal dunia akibat kemalangan. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Salah seorang penyokong setia mendiang Karpal menggunakan pelekat dengan gambar pemimpin DAP itu di dada ketika menghadiri upacara pengkebumian. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Filipina sedia bekerjasama dengan ICC berhubung penahanan Rodrigo Duterte
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
Polis Selangor sahkan kes tembakan di Tanjung Rhu melibatkan APMM, warga asing
Kemelesetan dunia dielakkan, inflasi susut: WEF 2025 di Davos Fokus pada kerjasama global
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Rekod penduduk tinggalkan New Zealand cecah paras tertinggi
Topi ‘Canada Is Not For Sale’ tular
Israel tangguh pengunduran tentera dari selatan Lubnan
Arab Saudi usaha hapus sekatan ekonomi Syria
Putin sedia berunding dengan Trump, seru penyelesaian perang