Sat Mar 25 2017


Pasukan Gerakan Unit Udara PDRM membawa bendera Jalur Gemilang melakukan lintas hormat ketika Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada 25 Mac 2017. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeriksa kawalan kehormat semasa hadir pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada 25 Mac 2017. Turut kelihatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memakaikan pangkat kepada anggota polis sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada 25 Mac 2017. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua,kiri). - Foto BERNAMA

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh membetulkan tanda nama seorang anggota semasa memeriksa perbarisan kawalan hormat pada majlis Peringatan Hari Polis ke-210 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 25 Mac 2017. Pada majlis itu seramai 62 orang terdiri anggota polis, pesara, orang awam dan pengamal media menerima sijil penghargaan. - Foto BERNAMA

Pegawai dan anggota perbarisan polis membacakan ikrar taat setia sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada 25 Mac 2017. Perbarisan pada kali ini bertemakan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'. - Foto BERNAMA

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak Datuk SAC Gan Tian Kee (tiga, kiri) beramah mesra dengan wakil media yang menerima anugerah pada majlis Perhimpunan Memperingati Hari Polis ke-210 di Ipoh pada 25 Mac 2017. Seramai 27 wakil media dirai dan dianugerahkan sijil penghargaan dalam majlis itu. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
