Sun Jul 05 2015
19 Disember, 1967: Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengadakan jamuan berbuka puasa untuk peserta-peserta pertandingan membaca Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, hakim-hakim dan jemputan khas di Masjid Negara, Kuala Lumpur.- Foto Arkib Negara

November 13, 1970: Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein meraikan ketua-ketua jabatan yang beragama Islam, pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera di satu majlis berbuka puasa di Dewan Jamuan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Gambar menunjukkan (dari kiri) Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Ghani Gilong, Menteri Pembangunan Negara Dan Luar Bandar Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, Tun Datu Haji Mustapha, Tun Razak, Tun Azmi, Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dan Menteri Muda di Jabatan Perdana Menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di majlis tersebut. - Foto Arkib Negara

22 Oktober, 1973: Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussien berbuka puasa bersama-sama dengan Menteri Luar Negara Indonesia, Tun Adam Malik dan Timbalan Perdana Menteri sewaktu itu, Datuk Hussein Onn di Seri Taman, Kuala Lumpur. Gambar menunjukkan Tun Abdul Razak diapit di sebelah kanannya oleh Tun Adam dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Penerangan, Tan Sri Ghazali Shafie. Di sebelah kiri Tun Razak adalah Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tuan Soepardjo Roestam. Membelakangkan kamera (kiri) ialah Datuk Hussein Onn. Di kiri beliau ialah menteri tugas-tugas khas, Tengku Ahmad Rithauddeen. - Foto Arkib Negara

15 September, 1975: Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong sedang berbuka puasa dengan Perdana Menteri sewaktu itu, Tun Abdul Razak Hussein, para menteri kabinet dan wakil-wakil Diplomat Muslim, di Istana, Kuala Lumpur. Duduk dari kiri: Tan Sri Omar Yoke Lin Ong, Tun Abdul Razak, Sultan, Sultanah, Yang Maha Mulia Tunku Puan Besar Kurshiah dan Toh Puan Hajjah Rahah. - Foto Arkib Negara

1 Disember, 2000: Kenangan Almarhum Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-11, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj bersama jemaah mengaminkan doa semasa Solat Isyak dan Tarawih Bersama Rakyat di Masjid Inayatul Rahman, Kampung Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. - Foto Arkib Negara

Julai 4, 2014: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (berdiri, tiga, kiri) bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Pengagihan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Jias di Pasir Mas, Kelantan. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Datuk Hanafi Mamat (berdiri, dua, kiri). - fotoBERNAMA

Jun 30, 2014: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengunjungi pasar Ramadan Putrajaya di Presint 3 untuk membeli juadah berbuka puasa. - FotoBERNAMA

Jun 30, 2015: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) beramah mesra dengan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menikmati juadah berbuka ketika menghadiri majlis Berbuka Puasa Bersama Warga TLDM di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang. Majlis itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin tertinggi dengan anggota-anggota TLDM. - fotoBERNAMA
Julai 3, 2015: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis Tadarus, Khatam Al Quran dan berbuka Puasa bersama Datuk Seri Najib di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor di Saujana. - FotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
