Tue Jul 14 2015


Golongan gelandangan berebut untuk mendapatkan sumbangan raya pada program Nur Ramadhan di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan, Lorong Medan Tuanku 2 pada 13 Julai. AWANI/SHAHIR OMAR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan gelandangan di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku AdnanTengku Mansor (kiri). AWANI/SHAHIR OMAR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melambai tangan semasa melawat ke Pusat Khidmat Sementara Gelandangan 13 Julai lalu. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. AWANI / SHAHIR OMAR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak semasa menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan kepada golongan gelandangan pada Program Nur Ramadan di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan hari ini. Seramai 300 gelandangan menerima sumbangan berupa kain pelikat, kain batik dan makanan serta wang tunai RM200 setiap seorang. AWANI/SHAHIR OMAR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan kepada golongan gelandangan pada Program Nur Ramadan di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan 13 Julai lalu. Seramai 300 gelandangan menerima sumbangan berupa kain pelikat, kain batik dan makanan serta wang tunai RM200 setiap seorang. AWANI/SHAHIR OMAR
