Tue May 06 2014


Perginya seorang lagenda

Pemergian seorang lagi legenda Bujang Lapok, pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Sattar, bermakna negara kita sudah kehilangan kesemua 'anggota' trio hebat zaman kegemilangan filem melayu Jalan Ampas itu. --FotoBERNAMA

Aziz Sattar, 89 meninggal dunia pada pukul 2 pagi Selasa, 6 Mei 2014 di Hospital KPJ Kajang akibat penyakit jantung.

Ketika hayatnya, Allahyarham amat dikenali dengan watak Ajis bersama trio Ramlee dan Sudin menerusi filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan banyak lagi.

Siri filem Bujang Lapok sememangnya kekal segar dalam ingatan peminat filem melayu sehingga ke hari oleh segenap lapisan usia.

Usai era Jalan Ampas, Allahyarham mengarah filem pertamanya iaitu Keluarga Si Comat pada tahun 1975.

Allahyarham kemudian terus diberi kepercayaan mengarah beberapa filem lagi seperti Si Badol, Prebet Lapok, Penyamun Tarbus, Setinggan, Tujuh Biang Keladi, Ok dan Adik yang sekaligus turut melahirkan nama-nama besar dalam dunia komedi seperti AR Badul dan Os.

Ikon lawak negara yang turut dikenali sebagai Pak Ajis ini dilahirkan di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia pada 8 Ogos 1925.

Tiga sahabat baik ini iaitu Ajis, Sudin dan Ramlee juga menuturkan ayat-ayat dan dialog yang masih digunakan sehingga sekarang. Tidak kira berapa kali ditonton, ianya masih membuatkan kita ketawa.

Jenazah akan disempurnakan pada pukul 11:30 pagi hari ini di kediaman anaknya, di alamat 37 Jalan Suasana 2/2 Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Cheras Perdana. --FotoBERNAMA

Pemergian Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak, 19 cucu, lima cicit dan seorang balu.

Suasana pilu di rumah anak Allahyarham Datuk Aziz Sattar di Bandar Tun Hussein Onn. Foto oleh @ciakhalid

Sahabat handai & orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir kpd Allahyarham. Foto oleh @ciakhalid

Jenazah Allahyarham Datuk Aziz Sattar dibawa ke masjid untuk dimandikan. Foto oleh @ciakhalid

Seniwati Sarimah antara sahabat seperjuangan Allahyarham Datuk Aziz Sattar yang hadir. Foto oleh @ciakhalid

Imam Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussin Onn, Arif Afandi Mamat mengimamkan solat jenazah Seniman negara, Allahyarham Datuk Aziz Satar. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana. -fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Jenazah Seniman Allahyarham Datuk Aziz Satar yang meninggal dunia di Hospital Kajang 2 pagi tadi dibawa keluar selepas solat jenazah di Surau Al-Amin Bandar Tun Hussein Onn. -fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Imam Masjid Bandar Tun Hussin Onn, Faisal Mohd Noor (duduk, tiga kanan) berdoa bersama sahabat handai Allahyarham Datuk Abdul Aziz Sattar selepas jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana selepas solat Zohor. -fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
