Fri Oct 21 2016


PUTRAJAYA, 21 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani (kanan) serta Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz (kiri) mengaminkan doa di perkarangan bangunan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan sebelum menuju ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2017 hari ini. - fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 21 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, menunjukkan beg mengandungi teks ucapan Bajet 2017 semasa meninggalkan perkarangan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen untuk membentangkan Bajet 2017 hari ini. - fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 21 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membaca doa semasa hadir pada pembentangan Bajet 2017 di Parlimen hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen lain mengangkat tangan bagi mengaminkan doa sebelum pembentangan bermula. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat, 21 Oktober 2016. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Ahli-ahli Parlimen mendengar penuh khusyuk pembentangan Bajet 2017 oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Jumaat, 21 Oktober 2016. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beredar keluar selepas selesai membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat, 21 Oktober 2016. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Fatin Syazwanie Kamaruzaman menunjukkan Laporan Ekonomi 2017 sempena Pembentangan Belanjawan 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2016. -fotoBERNAMA

Seorang pengunjung mengikuti pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan secara langsung melalui skrin besar di Dataran Stesen, Ipoh pada 21 Oktober 2016. -fotoBERNAMA

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman mencatat sesuatu ketika menonton melalui skrin besar pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bilik mesyuarat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir, Kuala Nerus pada 21 Oktober 2016. -fotoBERNAMA

Seorang pekerja sebuah pusat membeli belah Nur Aini Raihan Shamsudin, 26, menonton siaran langsung Pembentangan Bajet 2017 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi telefon bimbitnya walaupun sibuk dengan rutin hariannya di Bukit Mertajam pada 21 Oktober 2016. -fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
