Nik Aziz Nik Mat: Dalam Kenangan
Nik Aziz Nik Mat: Dalam Kenangan
Sat Feb 14 2015
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bersalaman dengan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) ketika menziarahinya di kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu di Pulau Melaka.
Sejak mula menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, Nik Aziz sering meninjau sendiri masalah yang dihadapi rakyat Kelantan. Ketika itu tidak ada sebarang publisiti, tidak pula gambar beliau turun padang diviralkan. -AFP/Mohd RASFAN
Nik Aziz ketika di ibu pejabat PAS bersama Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam satu majlis yang diadakan pada 21 Mei 2007. -AFP/TENGKU BAHAR
Nik Abdul Aziz yang dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam. Nik Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. -AFP/ROSLAN RAHMAN
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu sidang media untuk mengumumkan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)Kelantan. Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa (kiri). -fotoBERNAMA
Biarpun dikenali sebagai seorang yang tenang, namun Nik Aziz juga seorang yang tegas. Sebagai Mursyidul Am PAS, beliau lantang menegur pemimpin parti itu jika ada yang dirasakan tidak selari dengan perjuangan parti. -Foto daripada Facebook Rasmi Nik Aziz
Allahyarham dihormati kawan dan lawan. Biarpun Nik Abdul Aziz menolak kerajaan perpaduan, itu tidak bermakna beliau seorang yang sukar untuk diajak berbincang. Dalam hal-hal yang berkaitan kepentingan rakyat negeri Kelantan, Nik Abdul Aziz mudah untuk berbincang biarpun dengan pihak lawan. -Foto daripada Facebook Rasmi Nik Aziz
Nama Nik Abdul Aziz akan terpahat dalam sejarah sebagai salah seorang pemimpin yang pernah mewarnai politik tanah air. Beliau tetap dianggap salah seorang pemimpin yang mempunyai kehebatan tersendiri. -AFP/Jimin LAI
Allahyarham menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Yusuf Rawa.-AFP/TENGKU BAHAR
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. -fotoBERNAMA
Didikan dan contoh yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa memimpin negeri Kelantan telah banyak mengubah landskap politik tanah air dengan tafsiran Islam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkongsi impian untuk Malaysia kekal sebagai sebuah negara Islam yang aman dan makmur walaupun mereka berbeza pendapat dan pandangan dalam dunia politik. -fotoBERNAMA
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima penghormatan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. -fotoBERNAMA
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat kawasan bencana banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini. -fotoBERNAMA
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Presiden baharu Lubnan gesa dasar pertahanan menyeluruh, dialog dengan Syria
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara