Sat Aug 23 2014


Mohamed Salleh Samsuddin, 54, bapa kepada anak kapal MH17 Shazana Salleh, menabur bunga di pusara anaknya di Presint 20, Putrajaya pada 22 Ogos 2014. - AWANI / SHAHIR OMAR

Mohamed Salleh Samsuddin, 54 (kiri) dan Sharom Ibrahim, 57 - ayah dan ibu kepada anak kapal MH17 Shazana Salleh sebak di upacara pengebumian anak mereka. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Suasana pilu melanda apabila Nurdiyana Yazeera Yazli, 15, anak tunggal ketua pramugari MH17 Dora Shahila Kassim tidak dapat berhenti menangis pemergian ibu tersayang. Kira-kira lebih 500 ahli keluarga, kenalan rapat dan rakyat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Al-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail, 22 Ogos 2014. - AFP PHOTO/ MANAN VATSYAYANA

"Dia tak pernah meninggikan suaranya atau marah kepada sesiapa pun. Karamjit seorang yang amat baik. Kami akan merinduinya." kata orang ramai ketika di upacara pengkebumiannya. Karamjit Singh merupakan seorang penasihat keselamatan Exxon Mobil di Port Harcort, Nigeria merupakan salah seorang penumpang MH17. - Astro AWANI / TAN SU LIN

Upacara pengebumian mangsa tragedi MH17 Karamjit Singh di Nirvana Memorial Park, Shah Alam, 22 Ogos 2014. - Astro AWANI / SAMSUL LATIP

Anak kepada pramugari pesawat MH17, Allahyarhamah Mastura Mustafa, Muhriz Marzaidi tidak dapat menahan kesedihan semasa melihat keranda jenazah ibunya di Masjid At-Taqwa setelah tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sembahyang jenazah diadakan selepas selesai solat Jumaat sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Paroi, Seremban untuk upacara pengebumian.--fotoBERNAMA (2014)

Jamilah Noriah Abang Anuar, 72, (dua,kiri) melihat jenazah anaknya, Ariza Ghazalee, 46, dan cucunya, Muhamad Afif Tambi, 19, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang, Kuching. Kedua-dua jenazah tersebut adalah antara 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas. -- fotoBERNAMA (2014)

Batalion ke-9 Rejimen Diraja mengusung jenazah Ketua Pramugari MH17, Azrina Yakob sejurus helikopter khas C-725 yang membawa jenazah tersebut tiba di Lapangan Terbang Tekah, Taiping untuk disemadikan di tanah perkuburan Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, 22 Ogos 2014. -- fotoBERNAMA

Suami Allahyarhamah Noor Rahimmah Mohd Nor, Hipo-Litoner (kanan) melihat jenazah isteri disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Lama, Tambun pada Jumaat.-- fotoBERNAMA (2014)

Solat jenazah untuk Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi dan Allahyarham Nur Shazana Mohamed Salleh diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Putrajaya, 22 Ogos 2014 - Astro AWANI / SHARKAWI SALLEHUDIN

N.Kupusamy, 59, memberi penghormatan terakhir kepada pramugari pesawat MH17, mendiang Chong Yee Pheng di kediaman keluarganya di Taman Pertama, Silibin di Ipoh, 22 Ogos 2014. Mayat mendiang akan disemadikan di Paradise Memorial Park, Chemor Ahad ini. -- fotoBERNAMA

Sahabat baik kepada pembantu juruterbang MH17, Ahmad Hakimi Hanapi, tidak dapat menahan kesedihan semasa jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Putra, Putrajaya untuk disembahyangkan. Penantian memeritkan bagi 20 waris mangsa itu berakhir dengan ketibaan jenazah, 37 hari selepas pesawat awam Boeing 777 ditembak jatuh yang mengejutkan seluruh dunia. --fotoBERNAMA (2014)
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
ASEAN 2025 | 21 Feb

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
