Tue Aug 07 2018


Penduduk menyelamatkan motosikal yang masih boleh digunakan dari celah runtuhan sebuah rumah berdekatan sebuah masjid susulan gempa bumi kuat di Gunungsari, barat Lombok, Indonesia, 6 Ogos, 2018. Antara Foto/Ahmad Subaidi/ via REUTERS

Mangsa gempa bumi mengerjakan solat di bawah teduhan tempat perlindungan sementara susulan gempa bumi Lombok di Pamenang, 6 Ogos, 2018. REUTERS/Beawiharta

Seorang bapa menemani anaknya yang tercedera dalam kejadian gempa bumi kuat di luar Hospital Tanjung, utara Lombok, 6 Ogos, 2018. REUTERS/Beawiharta

Seorang penduduk kampung mendukung anaknya di tempat perlindungan sementara sambil melihat kemusnahan yang terjadi dalam kejadian gempa Lombok di Pamenang, Indonesia, 6 Ogos, 2018. REUTERS/Beawiharta

Penduduk kampung menolak motosikal di celah runtuhan bangunan susulan gempa Lombok di Pamenang, Indonesia, 6 Ogos, 2018. REUTERS/Beawiharta

Pelancong asing membawa barangan mereka ketika meninggalkan Pulau Gili Trawangan, susulan gempa Lombok di Pamenang, Indonesia, 6 Ogos, 2018. REUTERS/Beawiharta

Seorang pegawai polis di Lombok mengambil gambar di hadapan ratusan orang yang sedang meninggalkan Pulau Gili susulan gempa di Gili Trawangan, Lombok, 6 Ogos, 2018. Polis Perairan Indonesia/Handout/ via REUTERS

Sebuah rumah musnah teruk dalam kejadian gempa bumi di Pemenang, utara Lombok, 6 Ogos, 2018. Antara Foto/Ahmad Subaidi/ via REUTERS

Tentera Indonesia mengangkut mangsa gempa bumi untuk dibawa ke hospital di Tanjung, utara Lombok, 6 Ogos, 2018. Antara Foto/Ahmad Subaidi/ via REUTERS

Seorang wanita sambil mendukung anak berjalan di antara serpihan bangunan yang runtuh dalam kejadian gempa bumi kuat di Lendang Bajur Hamlet, Lombok, 6 Ogos, 2018. Antara Foto/Ahmad Subaidi/ via REUTERS
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
