LIMA 2017 bermula
Galeri foto ini memaparkan sekitar hari pertama Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 edisi ke-14.
Tue Mar 21 2017
Delegasi tempatan dan luar negara tiba untuk melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) edisi ke-14 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi yang bermula pada 21 Mac 2017. Lebih 550 pempamer aeroangkasa dan maritim dari 36 negara menyertai LIMA'17 yang diadakan selama lima hari hingga 25 Mac ini. - fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat pertunjukan selepas merasmikan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) edisi ke-14 pada 21 Mac 2017. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (dua, kanan). - fotoBERNAMA
Pesawat Tentera Udara Korea Selatan melakukan persembahan akrobatik melintasi deretan bendera negara peserta Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) Edisi Ke-14 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada 21 Mac 2017. - fotoBERNAMA
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (kanan) beramah mesra dengan juruterbang khas pesawat pejuang 'Rafale' dari Perancis sebelum menaiki pesawat itu sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) edisi ke-14 pada 21 Mac 2017. - fotoBERNAMA
Demonstrasi oleh Kapal Terbang Bombardier milik Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) pada pertunjukkan segmen Maritim sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) edisi ke-14 pada 21 Mac 2017. - fotoBERNAMA
Kapal KM Pekan milik Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) edisi ke-14 pada 21 Mac 2017. KM Pekan, yang sepanjang 92 meter, mempunyai kelajuan 20 knot serta dilengkapi tapak pendaratan helikopter dan radar terkini. Kapal itu mampu melaksanakan operasi dan rondaan laut selama 30 hari di Laut Cina Selatan dan Pantai Timur Sabah selain menguat kuasa undang-undang dan melaksanakan misi di kawasan tersebut. - fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat ruang pameran selepas merasmikan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'17) edisi ke-14 pada 21 Mac 2017. - fotoBERNAMA
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching