Thu May 13 2021


Para penunjuk perasaan Palestin mempertahankan maruah mereka dengan membaling batu ke arah tentera Israel dalam pertembungan di Tebing Barat. - Reuters

Kekejaman tentera Israel yang melancarkan serangan udara di bandar Gaza meninggalkan kesan kemusnahan yang mendalam ke atas kehidupan rakyat Palestin. - Reuters

Hanya serpihan kemusnahan yang tinggal. Seorang lelaki Palestin di tapak sebuah pangsapuri yang tumbang akibat terkena serangan udara tentera Israel di bandar Gaza. - Reuters

Lintasan cahaya dari sistem penangkis peluru berpandu milik Israel kelihatan di ruang udara dari Ashkelon. - Reuters

Rakyat Palestin beramai-ramai mengusung jenazah Hussien al-Titi yang menjadi korban ketika pertembungan dengan tentera Israel di kem pelarian Fawwar di Hebron - Reuters

Seorag lelaki Palestin berdiri dan merenung di tapak sebuah pangsapuri yang runtuh akibat dibedil seragan udara olah pihak Israel, di Gaza. - Reuters

Sebuah kenderaan yang rentung selepas tragedi memilukan di bandar Lod ini adalah sebahagian daripada kerosakan yang terjadi di serata bandar Gaza. - Reuters

Seorang wanita Palestin melihat situasi di jalanan ketika dia melewati sebuah kediaman yang musnah diserang tentera Israel di bandar Gaza. - REUTERS

Beberapa penduduk Palestin melihat kehancuran kediaman mereka akibat dibedil serangan udara oleh pihak Israel di bandar Gaza pada 12 Mei 2021. - Reuters/Suhaib Salem
