Sun Jun 25 2017


Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (dua, kiri) berkenan bertakbir bersama-sama lebih 17,000 jemaah bersempena sambutan 1 Syawal yang dipimpin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kanan) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 25 Jun 2017. -fotoBERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2017 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 25 Jun 2017. -fotoBERNAMA

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (tiga, kanan) turut bertakbir raya selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu pada 25 Jun 2017. -fotoBERNAMA

Orang ramai hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinet di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 25 Jun 2017. -fotoBERNAMA

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim melayani anggotanya mengambil juadah Aidilfitri ketika sambutan 1 Syawal bersama anggota tentera yang beroperasi di sempadan di Kem Sri Banding, Gerik pada 25 Jun 2017. -fotoBERNAMA

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kanan) dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (kanan) bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 25 Jun 2017. -fotoBERNAMA

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mendengar khutbah selepas solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 25 Jun 2017. -fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
