Jom naik basikal!
Laluan khas basikal yang pertama di Kuala Lumpur dibuka pada 14 April 2015 menghubungkan Dataran Merdeka dan Mid Valley.
Thu Apr 16 2015
Pengayuh basikal kini boleh menggunakan laluan basikal khas dari Mid Valley ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Laluan tersebut siap dibina pada April 2015 dengan menelan kos RM700,000. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang pengayuh basikal dilihat menggunakan laluan basikal khas di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka Kuala Lumpur sempena pembukaannya. -Foto Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib mencuba laluan basikal yang disiapkan dari Mid Valley ke Dataran Merdeka di ibu negara. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pembinaan laluan khas basikal dari Dataran Merdeka menyusuri Sungai Klang, Brickfields, pekarangan Kompleks Dayabumi dan seterusnya Lebuh Pasar Besar itu dimulakan pada tahun 2013 dan menelan belanja sekitar RM700,000. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Laluan khas basikal ini antara lain bertujuan menggalakkan penggunaan basikal sebagai mod pengangkutan alternatif bagi mengurangkan jumlah kenderaan yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Antara cadangan penambahbaikan di laluan khas basikal ini adalah penggunaan lampu solar dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan selain pembangunan landskap. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Laluan khas basikal yang pertama di Kuala Lumpur sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar, kini dibuka untuk kegunaan orang ramai. -Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seorang penunggang basikal menekan butang untuk melintas jalan di Bangsar. -Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Lintasan khas untuk penunggang basikal di Bangsar ditandai jelas dengan lakaran imej basikal berlatar belakangkan warna biru. -Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Butang serta lintasan khas buat penunggang basikal di Bangsar. -Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Sebuah bas menghalang laluan khas basikal di ibu kota. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pengguna laluan basikal khas menggunakan kemudahan yang baru diperkenalkan ini di Bangsar. -Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini