Mon Mar 23 2015


Rakyat Johor berkumpul di luar pintu masuk ke Istana Besar Johor Bahru untuk Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. - Astro AWANI/Shahir Omar

Rakyat Johor yang segak berbaju Melayu Teluk Belanga untuk menyaksikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. - Astro AWANI/Shahir Omar

Dekorasi LED di luar Istana Besar, lokasi Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. - Astro AWANI/Shahir Omar

Rakyat Johor berbaris di tepi jalan menanti ketibaan Sultan Johor dan Permaisuri Johor untuk Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor pagi tadi. - Astro AWANI/Shahir Omar

Ketibaan Sultan Johor dan Permaisuri Johor sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Johor. - Astro AWANI/Shahir Omar

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah melambai selepas Istiadat Kemahkotaan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Sultan Johor diarak dalam kereta sejurus selesai Istiadat Kemahkotaan baginda pada Isnin, 23 Mac 2015. - Astro AWANI/Shahir Omar

Rakyat Johor dari pelbagai latar belakang menanti di perkarangan jalan untuk menyaksikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor.

Rakyat Johor dari pelbagai latar belakang menanti di perkarangan jalan untuk menyaksikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. - Astro AWANI/Shahir Omar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) tiba di Istana Besar untuk menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini. ?Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, manakala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.?--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Sultan Abu Bakar dan Sultanah Kalsom Abdullah berangkat tiba di Istana Besar untuk menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini. Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, manakala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat tiba di Istana Besar untuk menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini. Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, manakala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.?--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Istana Besar untuk Istiadat Kemahkotaan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden di Istana Besar, pagi ini. Raja Zarith Sofiah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menuruni Tangga Agong sebelum acara perarakan sekitar bandar raya Johor Bahru selepas Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar bagi bertemu rakyat. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima tabik hormat daripada perbarisan kehormat Askar Timbalan Setia Negeri Johor setibanya baginda pada Istiadat Kemahkotaan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden di Istana Besar, pagi ini. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini. --fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menaiki kenderaan rasmi untuk acara perarakan sekitar bandar raya Johor Bahru bagi bertemu rakyat, selepas Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, hari ini. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengaminkan doa, selepas peletakan Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri ke atas kepala Baginda berdua pada Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar, hari ini. --fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Kerajaan ke atas kepala Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang merupakan upacara kemuncak Istiadat Kemahkotaan, sambil diperhati oleh Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di Istana Besar, hari ini. --fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Permaisuri kepada Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar, hari ini. --fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
ASEAN 2025 | 21 Feb

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
