Mon Jan 29 2018


BAGAIKAN PARI-PARI... Majlis resepsi Yuna dan Adam antara yang terindah pernah diadakan oleh selebriti di negara ini dengan mengetengahkan tema tradisional dan alam semula jadi, majlis seperti satu petikan babak fantasi dalam sebuah filem cinta.- Foto oleh Jubsi

BERTUKAR HANTARAN... Dalam majlis pernikahan berkonsep dalam taman itu, pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan. - Foto oleh Jubsi

DIMANA CINTA BERMULA... Hubungan Yuna dan Adam mulai rapat pada 2015 sebelum keluarga Adam merisik Yuna pada 27 Mac lalu. Mereka kemudiannya menjalin pertunangan 5 Ogos tahun lalu. - Foto oleh Jubsi

PUTIH SUCI... Pasangan mempelai ini memilih warna putih berkonsekan tradisional ciptaan pereka tersohor, Hatta Dolmat. - Foto oleh Jubsi

RAIKAN MEMPELAI... Hadir sama meraikan mempelai ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - Foto oleh Jubsi

ISTIMEWA DI HATI... Adam melihat Yuna sebagai satu-satunya wanita yang istimewa baginya.- Foto oleh Jubsi

KUCUPAN KASIH... Pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Puncak Rimba, Bentong Pahang pada 26 Januari lalu. - Foto oleh Jubsi

KAU TERISTIMEWA..."Bagi saya Yuna wanita yang istimewa kerana saya bagai tak percaya apabila dapat meluangkan masa bersama hampir 12 jam ketika penggambaran tersebut," ungkap Adam mengenai detik pertemuan mereka. - Foto oleh Jubsi.

RAJA SEHARI... Bak puteri raja, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Datuk Mat Zaraai memukau hadirin dengan gaun putih dan puteranya Adam segak dengan berbaju Melayu dan tanjak. - Foto oleh Jubsi

CINTA BERPUTIK... Pasangan ini mula menjalin kasih selepas bertemu di sebuah set penggambaran di ibu negara dua tahun lalu. Foto oleh Jubsi

MANIS BERDUA... Yuna memberitahu sikap Adam yang penyayang dan mengambil berat telah membuatkannya jatuh hati.- Foto oleh Jubsi

CINTA DALAM TAMAN... Bertemakan garden wedding, majlis resepsi dihadiri oleh kira-kira 1,500 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan dari kedua-dua keluarga mempelai. - Foto oleh Jubsi

TETAMU DIRAJA... Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - Foto oleh Jubsi

CINTA MEKAR... Yuna akui sudah mula menyukai Adam Sinclair ketika kali pertama berjumpa dan bekerjasama dalam sebuah projek iklan televisyen pada 2013. - Foto oleh Jubsi

MAJLIS RESEPSI... Penyanyi Yuna dan suaminya, Adam Sinclair mengadakan majlis resepsi istimewa dalam suasana gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Ahad. - Foto oleh Jubsi
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
ASEAN 2025 | 21 Feb

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
