Himpunan RUU355 di Padang Merbok
Himpunan RUU355 diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur dari jam 2 petang hingga 11 malam, pada Sabtu.
Sun Feb 19 2017
Dianggarkan lebih 20,000 penyokong Himpunan RUU355 hadir menyertai himpunan aman yang berlangsung dari jam 2 petang hingga 11 malam Sabtu. Himpunan ini membariskan 21 penceramah dari kepimpinan PAS dan badan-badan NGO. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Gelombang Ungu melanda Padang Merbok pada Sabtu sejurus ketibaan ribuan penyokong Himpunan RUU355 yang berlangsung dari jam 2 petang hingga 11 malam Sabtu. Perhimpunan tersebut bertujuan memberi penjelasan dan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau Akta 355 bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah. - Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Penyokong Perhimpunan RUU355 mempunyai satu misi: untuk memberi penjelasan dan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau Akta 355 bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah. Didokong oleh parti PAS, tema RUU355 ini ialah 'Syariah diperkasa, rakyat sejahtera'. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Peserta Himpunan RUU355 bersemangat membawa belon-belon dan menyertai ribuan yang lain yang mula membanjiri Padang Merbok, Kuala Lumpur pada petang Sabtu. - Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Walaupun bertugas di bawah terik matahari, petugas Unit Amal PAS tidak lupa untuk mendirikan solat secara bergilir-gilir di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI/Asyraf Hasnan
Ribuan penyokong Himpunan RUU355 berkumpul di hadapan pentas utama di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini. Perhimpunan tersebut bertujuan memberi penjelasan dan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau Akta 355 bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah. - Foto Astro AWANI/Asyraf Hasnan
Orang ramai mula berkumpul pada Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini. Perhimpunan tersebut bertujuan memberi penjelasan dan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau Akta 355 bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah. - fotoBERNAMA
Seorang wanita tekun mendengar ucapan pada Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran PAS yang berlangsung di Padang Merbok hari ini. - fotoBERNAMA
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (kiri) mengimamkan solat Zohor pada Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran Pas di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kehadirannya di Himpunan 355 menerima persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.- Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika berucap pada Himpunan 355 di Padang Merbok, malam Sabtu. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Peserta Himpunan 355 menunaikan solat Maghrib di Padang Merbok malam tadi. Himpunan 355 adalah bagi memberi penerangan kepada umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Peserta muslimah berteduh di bawah khemah sewaktu berlangsungnya Himpunan 355 di Padang Merbok pada Sabtu yang diadakan bagi memberi penerangan kepada umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Mereka yang hadir saling membantu mengambil wuduk menggunakan air daripada botol sebelum bersolat ketika menyertai Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 di Padang Merbok pada Sabtu. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) bergambar bergandingan tangan bersama tetamu kehormat selepas menyampaikan ucapan penggulungan di hadapan ribuan hadirin Himpunan 355 bagi sokongan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Padang Merbok ini.- Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan penggulungan di hadapan ribuan hadirin Himpunan 355 bagi sokongan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Padang Merbok malam tadi. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan penggulungan di hadapan ribuan hadirin Himpunan 355 bagi sokongan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Padang Merbok malam tadi. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah