Fri Sep 23 2016


Pasukan mencari dan menyelamat menjalankan operasi pencarian baki mangsa yang dilaporkan masih hilang di kawasan Sungai Cimanuk, daerah Garut, Jawa Barat pada 22 September 2016. Kebanyakan kawasan di daerah ini terjejas teruk akibat tanah runtuh dan banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat tanpa henti yang melanda kepulauan itu. - Foto AFP/Timur Matahari

Seorang lelaki duduk di luar rumahnya yang hanya tinggal rangka selepas dilanda banjir besar di sebuah perkampungan di daerah Garut, Jawa Barat pada 21 September 2016. Kemusnahan akibat banjir besar itu menyebabkannya dan beratus lagi penduduk hilang tempat kediaman. - Foto AFP/Luly

Anggota tentera dibantu oleh penduduk kampung dalam usaha mengeluarkan sebuah motosikal yang terbenam di dalam lumpur selepas banjir mulai surut di sebuah perkampungan di daerah Garut, Jawa Barat pada 22 Setember 2016. Kebanyakan kawasan di daerah ini terjejas teruk akibat tanah runtuh dan banjir kilat selepas hujan lebat tanpa henti selama beberapa hari. - Foto AP

Penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih daripada sebuah syarikat bekalan air tempatan di bandar berhampiran Sungai Cimanuk, daerah Garut, Jawa Barat pada 22 September 2016. Air mulai surut di daerah itu selepas banjir kilat dan tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat tanpa henti di kepulauan itu. Kejadian itu turut menjejaskan bekalan air bersih untuk penduduk. - Foto AP

Pasukan mencari dan menyelamat yang dianggotai oleh gabungan agensi keselamatan Indonesia dan sukarelawan membersihkan kawasan terjejas selepas banjir mulai surut di Sumedang, sebuah daerah di Jawa Barat pada 19 September 2016. Operasi mencari dan menyelamat baki mangsa yang dilaporkan hilang masih giat dijalankan. Kebanyakan kawasan di daerah ini terjejas teruk akibat tanah runtuh dan banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat tanpa henti yang melanda kepulauan itu. - Foto AFP/Timur Matahari

Pasukan mencari dan menyelamat menggunakan jentera berat untuk membersihkan kawasan terjejas selepas banjir mulai surut di Sumedang, sebuah kawasan dalam daerah Garut, Jawa Barat pada 19 September 2016. Operasi mencari dan menyelamat baki mangsa yang dilaporkan hilang masih dijalankan sehingga kini. Kebanyakkan kawasan di daerah ini terjejas teruk akibat tanah runtuh dan banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat tanpa henti yang melanda kepulauan itu. - Foto AFP/Timur Matahari
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
