Sat Jul 14 2018


Sebuah ambulan disediakan bagi menghantar remaja yang dikeluarkan dari Gua Tham Luang untuk mendapatkan rawatan di hospital pada 9 Julai 2018. Foto: REUTERS/Athit Perawongmetha

Pasukan penyelamat sedang berjalan menuju ke Gua Tham Luang di mana 13 mangsa terperangkap akibat banjir di bandar Chiang Rai, Thailand pada 9 Julai 2018. Foto: REUTERS/Soe Zeya Tun

Satu papan tanda "Welcome home, boys" dinaikkan selepas misi menyelamat 12 remaja dan seorang jurulatih bola sepak yang terperangkap selama 17 hari di dalam Gua Tham Luang berjaya dilaksanakan. Foto: REUTERS/Tyrone Siu

Pasukan polis mengawal selia kawasan Gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand pada 9 Julai 2018. Foto: REUTERS/Soe Zeya Tun

Pasukan penyelamat dan tentera mengeluarkan mesin yang digunakan untuk menyelamatkan 12 pemain bola sepak dan seorang jurulatih yang terperangkap dalam Gua Tham Luang pada 10 Julai 2018. Foto: REUTERS/Soe Zeya Tun

Ketua pasukan operasi, Narongsak Osottanakorn ditemui pada sidang media selepas misi menyelamat 12 remaja dan seorang jurulatih bola sepak yang terperangkap dalam Gua Tham Luang. Foto: REUTERS/Tyrone Siu

Pasukan keselamatan sedia menunggu mangsa yang dikeluarkan untuk dibawa menaiki ambulan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Foto: REUTERS/Athit Perawongmetha

Remaja yang diselamatkan dipindahkan menggunakan helikopter tentera ke dalam ambulan yang tersedia di Lapangan Terbang Ketenteraan Chiang Rai, Thailand pada 9 Julai 2018. Foto: REUTERS/Athit Perawongmetha

Pelajar-pelajar sekolah Mae Sai Prasitsart di Chiang Rai berdoa dan bersorak selepas guru mengumumkan 12 rakan sekolah dan jurulatih bola sepak mereka berjaya diselamatkan. Foto: REUTERS/Tyrone Siu

Pelajar bersorak riang sebaik sahaja diumumkan mangsa terakhir yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat. Foto: REUTERS/Athit Perawongmetha

Pelajar-pelajar sekolah Mae Sai Prasitsart di Chiang Rai meraikan kejayaan pasukan penyelamat yang berjaya membawa keluar 12 pemain bola sepak dan seorang jurulatih dari dalam Gua Tham Luang. Foto: REUTERS/Athit Perawongmetha

Rakaman yang menunjukkan 12 remaja lelaki bersama jurulatih mereka menerima rawatan di hospital Chiang Rai didedahkan kerajaan Thailand kepada media pada 11 Julai. Foto: Reuters

Kesemua 13 mangsa mengalami kesusutan berat badan sementara dua daripada remaja mengalami jangkitan paru-paru. Bagaimanapun, semuanya telah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil. Foto: Reuters
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
