Sat Oct 06 2018


Imam Tiga Masjid Lukut Ahmad Sumeh Mad Mohtar mengimamkan solat jenazah terhadap Allahyarham Adnan Othman di Masjid Lukut, Port Dickson, 4 Oktober, 2018. Adnan merupakan salah seorang daripada enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang maut ketika operasi menyelamat seorang remaja yang jatuh di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, pada 3 Oktober. --fotoBERNAMA

Anak Allahyarham Adnan Othman, Aisyah Damia, 5 tahun, turut sama menyiram air mawar di pusara bapanya sebaik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raja Jumaat di Lukut, 4 Oktober, 2018. --fotoBERNAMA

Anak sulung Allahyarham Adnan Othman, Aisyah Damia, menangis ketika jenazah bapanya tiba di perkarangan rumah di Taman Jaya Lukut, Lukut, 4 Oktober, 2018. --fotoBERNAMA

Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Kuantan Mahathir Mohamad membaca talkin selepas jenazah Mohd Fatah Hashim, seorang lagi penyelam PPDA JPBM yang terkorban, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Kampung Baru Beserah, Kuantan, 4 Oktober, 2018. --fotoBERNAMA

Noor Nadia Kamaludin, 29 tahun, menyiram air mawar di pusara suaminya Mohd Fatah Hashim sebaik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Kampung Baru Beserah, Kuantan, 4 Oktober 2018. --fotoBERNAMA

Anggota dan pegawai Bomba dan Penyelamat mengusung jenazah Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari, juga salah seorang penyelam PPDA JPBM yang terkorban, sebaik tiba di kediamannya di Kampung Kubang Terap, Pasir Mas, 4 Oktober, 2018. --fotoBERNAMA

Wan Kamilah Wan Yaacob ditenangkan ahli keluarganya ketika upacara pengebumian anaknya, Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari, seorang lagi penyelam PPDA JPBM yang terkorban, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Terap, Pasir Mas, 4 Oktober 2018. --fotoBERNAMA

Asmah Abdalis, ibu Mazlan Omarbaki, salah seorang penyelam PPDA JPBM yang terkorban, menyiram air di pusara anaknya sejurus selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Tawau, Sabah, 4 Oktober 2018. --fotoBERNAMA (2018)

Jenazah Allayarham Mazlan Omarbaki diturunkan ke dalam liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kg Batu Payung Tawau, Sabah, 4 Oktober 2018. --fotoBERNAMA

Anggota Bomba dan Penyelamat Sabah diketuai Timbalan Pengarahnya Zuraidah Latif memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mazlan Omarbaki setelah selesai majlis pengebumian di Tawau, Sabah, 4 Oktober 2018. --fotoBERNAMA

Anggota-anggota Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sarawak mengusung keranda jenazah Allahyarham Yahya Ali, seorang lagi penyelam PPDA JPBM yang terkorban, sebaik sahaja helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba di padang bolasepak Kampung Tian, Matu, Sarawak, 4 Oktober 2018. --fotoBERNAMA

Jenazah Allahyarham Yahya Ali dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tian, Matu, Sarawak, 4 Oktober 2018. --fotoBERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
