Wed Aug 28 2013


Krew Awani diiringi JPJ dan Bomba untuk ke lokasi kemalangan di kilometer 3.5 Lebuhraya Karak, berhampiran Genting Sempah.

Gambar sebenar lokasi nahas dirakam oleh wartawan Awani, Marlina Manaf.

Gambar dari Twitter @azhar96 - Bas kemalangan di Genting Highlands.

Dua kren digunakan untuk mengeluarkan bas dari gaung.

Laluan naik dan turun dari Genting Highlands sesak disebabkan kemalangan yang berlaku.

Salah seorang mangsa yang berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat

Sultan Ahmad Shah yang berkenan melawat lokasi kemalangan malam tadi melahirkan rasa dukacita terhadap nahas tragis.

Pegawai MIROS membuat kerja mengukur struktur penghadang jalan di Jalan Genting Highlands. Gambar Twitter : @h_hardy_h

Pasukan Bomba dan Penyelamat bersiap sedia untuk turun ke dalam gaung. Gambar Twitter: @h_hardy_D

Operasi mencari diteruskan semula ekoran terdapat laporan ada yang masih hilang oleh ahli keluarga.

Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang, meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat.

Seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi menyelamat bagi nahas tersebut.

Identiti mangsa yang maut hanya akan dapat disahkan selepas selesai bedah siasat dan pengecaman oleh waris.

Sebuah kren yang lebih besar lagi akan digunakan untuk membawa keluar bangkai bas.

Anggota bomba dan penyelamat turun ke gaung pada 22 Ogos bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung bas yang terjunam 60 meter ke gaung tersebut di KM3.5 Jalan Genting Highlands pada 21 Ogos, 2013.

Anggota keselamatan kelihatan mengangkat dan mengumpul sisa-sisa barangan milik penumpang bas yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands pada 21 Ogos.

Bas yang terjunam ke dalam 60 meter gaung remuk dalam nahas kemalangan yang berlaku pada 21 Ogos di KM3.5 Jalan Genting Highlands. Bas tersebut yang membawa 53 penumpang terjunam ke dalam guang dan mengorbankan 37 nyawa dan mencederakan 16 penumpang.

Bangkai bas yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Genting Hihghland ditarik menggunakan kren.

Anggota bomba menggunakan kren dalam misi menyelamatkan mangsa-mangsa nahas bas jatuh gaung di jalan Genting Highland.

Usaha mengenal pasti punca nahas ngeri itu turut dilakukan menggunakan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) milik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
