Thu Jan 04 2018


Jentera pengaut digunakan untuk membawa penduduk yang terkandas selepas Jalan Kuantan-Sungai Lembing berdekatan Kampung Bukit Kuin ditenggelami air ketika tinjauan banjir di Kuantan, 2 Jan, 2018. --fotoBERNAMA

Muhamad Shahrul Aiman Mohd Sani dari Kampung Jaya Gading membawa kerbau peliharaan ayahnya mengharungi banjir untuk dipindahkan dari kandang ke tempat lebih tinggi selepas kawasan itu dinaiki banjir, 3 Jan, 2018. -- fotoBERNAMA

Samsudin Abdul Shukor dari Kampung Sri Damai, Kuantan, membawa tiga cucunya Irdina Insyirah Mohd Zamizi, Aqif Izzuddin Mohd Shamsul Azmi dan Muhammad Irfan Muhaimin Mohd Zamizi menaiki bot untuk ke sekolah selepas rumah mereka dinaiki air, 3 Jan, 2018. -- fotoBERNAMA

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin, Kuantan, terkandas selepas jalan dinaiki air dan sekolah mereka juga tutup pada hari pertama persekolahan akibat ditenggelami banjir, 2 Jan, 2018. -- fotoBERNAMA

Tiga beradik Wan Mohd Azlan Wan Mohd Jefri, Wan Nor Alia Natasha dan Wan Mohd Naim Afzan antara mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Kampung Pahang, Kuantan, 2 Jan, 2018. -- fotoBERNAMA

Seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sri Damai, Kuantan, membuka kasutnya untuk meredah air yang melimpahi kawasan sekolah susulan banjir yang melanda kawasan itu selepas hujan lebat, 2 Jan, 2018. -- fotoBERNAMA

Penduduk Kampung Sri Damai, Kuantan, membawa murid-murid yang baru pulang dari sekolah, serta pelbagai makanan untuk dijadikan bekalan, pada tinjauan banjir di kawasan terbabit, 2 Jan, 2018. -- fotoBERNAMA

Penduduk Kampung Gudang Rasau, Abdul Rahim Mohd Hanif dan isteri, Rohana Ramli, hanya mampu melihat setelah rumah mereka dinaiki air di Kuantan, 3 Jan, 2018. -- fotoBERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
ASEAN 2025 | 21 Feb

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
