Azmin Ali mulakan tugas sebagai MB Selangor
Tepat jam 7.57 pagi Mohamed Azmin Ali memulakan tugas baharunya sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 di bangunan SUK Shah Alam.
Wed Sep 24 2014
Ketibaan Azmin di bangunan SUK, Shah Alam lengkap berpakaian suit hitam pada pukul 7.50 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Mohammed Khusrin Munawi dan kakitangan pejabat Menteri Besar.- Foto Astro AWANI / NABIHAH HAMID
Mohamed Azmin Ali memulakan tugas baharunya sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 dengan mencetak masa kedatangan beliau di mesin kad perakam masa - Foto Astro AWANI/ NABIHAH HAMID
Azmin yang ditemui wartawan di Bangunan SUK, Shah Alam pada hari pertama tugasnya sebagai Menteri Besar pagi tadi berkata beliau bersyukur kerana dapat memulakan tugasan sebagai Menteri Besar Selangor dengan lancar.- Astro AWANI /SHAHIR OMAR
Azmin menandatangani beberapa dokumen di pejabatnya sejurus mengadakan perbincangan awal dengan Ketua Setiausaha Negeri SUK Datuk Mohammed Khusrin Munawi pagi tadi. Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Mohammed Khusrin Munawi sedang memberikan taklimat kepada Azmin dengan diperhatikan oleh jurugambar dan para wartawan. - Faoto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Mohamed Azmin, 50, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.- Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali mempengerusikan mesyuarat bersama kakitangan SUK Selangor di Shah Alam pada Rabu, sejurus memulakan tugas beliau. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat