Sun Jun 22 2014


Teater Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka kembali semula dengan mengangkat novel Sandera karya Sasterawan Negara, Arena Wati. Novel yang terbit pada 1971 itu pernah jadi teks sastera untuk Sijil Tinggi Pelajaran (STP) suatu masa dahulu. -Foto Dewan Bahasa dan Pustaka

Ini adalah teater yang ke-54 yang dipentaskan oleh Badan Budaya DBP sejak 1967. Kumpulan teater itu sebelum ini mementaskan banyak drama yang kini dianggap sebagai teks klasik drama pentas negara. Antaranya termasuk Tamu di Bukit Kenny, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Salina, Raja Lawak dan Rumah Kedai di Jalan Seladang. -- Foto Dewan Bahasa dan Pustaka

Sandera mengisahkan watak-watak yang berjuang untuk membebaskan tanah air ini daripada cengkaman penjajah. Jalan mereka berbeza tetapi perjuangan mereka sama iaitu untuk merdeka. -Foto Dewan Bahasa dan Pustaka

Sandera dilakonkan oleh Che Kem (kanan) sebagai Busad, pejuang kemerdekaan yang pernah terlibat menentang Belanda di Makasar dan kemudian lari ke Tanah Melayu dan menentang Inggeris. -Foto Dewan Bahasa dan Pustaka

Teater ini menampilkan semula ramai pelakon pentas yang dewasa dan matang dengan pementasan Badan Budaya DBP seperti Rasdi Daud (kiri). -Foto Dewan Bahasa dan Pustaka

Pelakon-pelakon yang lahir daripada pementasan teater Badan Budaya DBP disifatkan antara pelakon pentas terbaik yang ada di negara ini. Sesetengah daripada mereka seperti Sabri Yunus (duduk dua dari kanan) kemudiannya mengembangkan bakat ke televisyen. - Foto Dewan Bahasa dan Pustaka

Sandera mengutarakan persoalan penting daripada sebuah bab dalam sejarah panjang negara ini tentang makna perjuangan dan siapakah sebenarnya pejuang. -Foto Dewan Bahasa dan Pustaka

Sandera dipindahkan dari novel ke pentas oleh A. Wahab Hamzah. Teater ini dipentaskan di Auditorium DBP antara 19 hingga 23 Jun 2014. -Foto Dewan Bahasa dan Pustaka

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
