Takhta Maharaja Lawak Mega 2013 milik Sepahtu
Dengan persembahan penuh bertenaga dan menghiburkan, takhta Maharaja Lawak Mega 2013 menjadi milik kumpulan Sepahtu.
Sat Feb 08 2014
Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 berakhir di Stadium Melawati Shah Alam.
Datuk AC Mizal sebagai hos Maharaja Lawak Mega 2013 yang berakhir pada Jumaat malam. -Sumber: Facebook
Aksi Nabil pada malam final Maharaja Lawak Mega 2013. Beliau memenangi tempat kelima. -Sumber: Facebook
Kumpulan Shiro melambai kepada peminat-peminat mereka di Stadium Melawati Shah Alam. Sumber: Facebook
Kumpulan Bocey yang terdiri daripada Fard Bocik, Abam Bocik dan Achey ketika persembahan pertama mereka ketika peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Sumber: Facebook
Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu memberikan persembahan yang begitu lucu ketika giliran mereka pada pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Sumber: Facebook
Jep, Shuib dan Rahim R2 dari kumpulan Sepahtu menghangatkan pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Mereka berjaya menjadi juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000. Sumber: Facebook
Shahrol dan Ajak dari kumpulan Shiro kelihatan serius dalam babak ini. Sumber: Facebook
Kumpulan Jambu berjaya mendapat tempat keempat ketika pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Sumber: Facebook
Aksi Nabil ketika berjalan ke pentas utama ketika peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Sumber: Facebook
Adik Ahmad Shiraz Kamarudin memenangi tempat pertama Peraduan Parodi Maharaja Lawak Mega 2013. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna Rostam Said. Sumber: Facebook
Dua ahli kumpulan Sepahtu mencium pentas Maharaja Lawak Mega 2013 setelah diumumkan sebagai pemenang dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000. Sumber: Facebook
Jep dari kumpulan Sepahtu memberikan ucapan setelah memenangi Maharaja Lawak Mega 2013. Sumber: Facebook
Aksi Nora Danish yang merupakan salah seorang juri tetap ketika pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Sumber: Facebook
Sistem Japan Airlines alami serangan siber, ribuan pelanggan berdepan kelewatan
Israel umum bina pos tentera di Bukit Golan
Angka korban terkini di Palestin terus meningkat
[TERKINI] Telegram dan WeChat mula proses pelesenan
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit