Kajol tetamu kehormat pelancaran BollyOne HD
Pelakon terkenal Bollywood, Kajol terbang ke Malaysia menjadi tetamu kehormat untuk pelancaran saluran BollyOne HD.
Thu Aug 21 2014
Ketua pegawai operasi Astro, Henry Tan dan Naib Presiden Kanan, Bahagian Perniagaan Segmen India Astro, Dr Rajmani Chellamuthu bersama Kajol Devgan melancarkan saluran Bollyone HD. AWANI / SHAHIR OMAR
Turut hadir semasa majlis pelancaran saluran baru ini adalah Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan Poh Hock (3 dari kanan), Naib Presiden Kanan, Bahagian Perniagaan Segmen India Astro, Dr Rajmani Chellamuthu serta artis terkenal bergambar bersama pelakon terkenal Bollywood, Kajol di Hotel JW Marriot di ibu negara. AWANI / SHAHIR OMAR
Kajol menekan butang sebagai simbolik kepada pelancaran saluran Definisi Tinggi (HD) Bollyone baru. Turut kelihatan pelakon terkenal tanah air, Lisa Surihani dan Aaron Aziz. AWANI / SHAHIR OMAR
Kajol Devgan masih kelihatan segar muda bagai tidak dimamah usia walaupun filem Kuch Kuch Hota Hai sudah pun berlalu lebih 15 tahun lalu. AWANI / SHAHIR OMAR
Pengacara majlis, Awal Ashaari dan pelakon Lisa Surihani tidak melepaskan peluang mengambil 'selfie' bersama Kajol Devgan. AWANI / SHAHIR OMAR
Kajol Devgan dalam sesi akhir temubual memeluk erat pelakon, Lisa Surihani. AWANI / SHAHIR OMAR
Pelakon Lisa Surihani ternyata tidak dapat menyembunyikan wajah teruja bertemu ratu filem Bollywood, Kajol Devgan. AWANI / SHAHIR OMAR
Pelakon Lisa Surihani dalam sesi temubual bersama Kajol Devgan di majlis pelancaran saluran baru Astro Bollyone HD. AWANI / SHAHIR OMAR
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah