Fri Jun 21 2013


Pada 14 Jun, Aishwarya Rai Bachchan berada di Kuala Lumpur. Cik Rai Bachchan, antara wajah glamor India yang paling dikenali, ialah seorang pelakon dan penyokong beberapa jenama mewah yang terkemuka di dunia. Pada hari yang sama, Astro AWANI dapat menemubual secara eksklusif bersama beliau. Temubual itu akan disiarkan tidak lama lagi di Astro AWANI saluran 501. Sebelum itu, berikut adalah beberapa keping gambar ketika kami bertemu dengan bintang antarabangsa ini secara dekat.

Ramai di pejabat kami mempunyai pendapat atau komen atas lawatan Aishwarya Rai. Satu daripadanya adalah 'Lawatannya mungkin lebih mendapat tumpuan daripada Kate' Ah ha! Kate yang dimaksudkan adalah Duchess of Cambridge, Kate Middleton, yang melawat Malaysia pada September tahun lepas dengan suaminya Putera William.

Walaupun bukan Kate Middleton, Aishwarya Rai Bachchan juga sering menarik perhatian media di seluruh dunia. Ini faktanya: beliau memenangi Miss World tahun 1994. Perkara itu sudah 19 tahun, namun gelaran itu masih melekat padanya. Ini merupakan satu pencapaian dalam dunia glamor yang sering berubah-ubah. Contohnya, Freida Pinto menjadi popular sebab filem Slumdog Millionaire pada tahun 2008. Tetapi hanya selepas empat tahun selepas kejayaan itu, kilauan beliau mula pudar.

Apa yang membuat obsesi tentang Aishwarya berterusan? Bukan semuanya cerita yang baik. Media India pernah mempamerkan gambar-gambar selepas Rai bersalin yang agak berisi. Pemakaian busana formalnya di India dan di negara lain juga sering dikritik.

Di Kuala Lumpur, Aishwarya Rai Bachchan memakai pakaian yang sesuai sekali. Beliau memilih lehnga berhias yang berwarna hijau kasturi. Pakaian tersebut padan dengan mata kelabu hijau beliau. Nampaknya Google mendapat hampir 6000 carian setiap bulan daripada orang yang ingin tahu apa yang warna sebenar matanya. Bukan itu sahaja, ada juga laman Facebook khusus untuk perkara itu facebook.com/aishbeautiful.eyes

Aishwarya Rai Bachchans melawat Kuala Lumpur dikaitkan dengan sokongan beliau terhadap pencipta jam tangan Swiss mewah Longines. Beliau melancarkan butik terbaru jenama itu di Pavilion Kuala Lumpur. Aishwarya telah menjadi duta Longines untuk lebih daripada satu dekad dan mungkin merupakan selebriti paling lama menjadi duta untuk sesuatu jenama!

Sebagai duta keanggunan, memang padan Aishwarya Rai Bachchan mempamerkan seutas jam tangan Longines emas yang anggun! Inilah dia.

Dalam temubual dengan Aishwarya Rai Bachchan, beliau menjawab berbagai soalan, seperti, kenapa beliau tidak menggunakan media sosial? Manakala suaminya Abhishek Bachchan dan bapa mertua pula sangat aktif menggunakan Twitter.

Dengan peminat yang kekal di sekeliling beliau, kami telah menanyakan Rai begaimanakah dia ingin memberikan kehidupan yang biasa (tanpa paparazzi) kepada anak perempuannya Aaradhya. Atau adakah ini hanya sekadar harapan untuk seorang selebriti sepertinya?

Kami menghabiskan sesi kami dengan Aishwarya Rai Bachchan dan kembali ke pejabat. Secara ringkas, selepas sembilan belas tahun, Miss World India ini memang disayangi di Malaysia. Astro AWANI saluran 501 akan menyiarkan temubual eksklusif pada 29 Jun jam 9.30 malam. Video itu juga akan dimuatnaikkan di YouTube kami - njoiawani
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
