Wed Nov 06 2013


Diana merupakan sebuah filem biografi mengenai Puteri Diana, yang diarahkan oleh Oliver Hirschbiegel, kira-kira dua tahun terakhir hayat Diana. Pelakon British-Australia, Naomi Watts memainkan watak utama iaitu sebagai Puteri Diana.

Aktres Naomi Watts menghayati watak Diana dalam filem ini mengenai tahun-tahun terakhir kisah hidupnya dengan memakai pakaian seperti Diana dan juga minyak wangi kegemarannya.

Watts, 44, menggambarkan hubungan Diana dengan pakar bedah jantung Pakistan, Hasnat Khan, yang dilakonkan oleh Naveen Andrews, dan kemudian Dodi Al-Fayed (Cas Anvar) sebelum kematiannya dalam kemalangan kereta di Paris.

Kebaikan dan kasih sayang daripada orang ramai membantu saya mengharungi detik-detik yang sukar, serta cinta dan kasih sayang anda telah memudahkan perjalanan hidup saya - Diana. Dalam gambar, Diana menghadiri simposium kanser payudara yang diadakan di Chicago pada 5 Jun 1996.

Naomi Watts menggambarkan Puteri Diana pada 1997 semasa membuat lawatan anti periuk api di Angola yang menunjukkan dedikasi beliau menggunakan kuasanya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

Di mana saya melihat penderitaan, di situlah saya mahu berada, melakukan apa yang saya mampu - Puteri Wales.

Untuk meniru suara Diana, Naomi Watts berlatih setiap hari dengan jurulatih dialek selama enam minggu sebelum bermula penggambaran serta sewaktu penggambaran berlangsung.

Saya mahu anak-anak saya memahami emosi orang ramai, perasaan mereka, kesusahan rakyat, serta harapan dan impian mereka - Puteri Diana.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
