Wed Jul 27 2016


Festival Bon Odori diadakan setiap tahun antara lain bertujuan mempromosi dan mengukuhkan ikatan kebudayaan antara Malaysia dan Jepun. Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Bon ialah salah satu istiadat penganut Buddha di Jepun yang diadakan untuk menghormati roh nenek moyang mereka. Sementara Bon Odori ialah tarian yang diadakan pada sambutan istiadat itu. Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Festival tahunan Jepun Bon Odori seringkali diraikan dengan tarian dan nyanyian diiringi paluan rancak gendang, gong dan seruling. Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Di Malaysia, Festival Bon Odori bermula sebagai perayaan kecil-kecilan di kalangan ekspatriat Jepun sebagai satu cara untuk melibatkan anak-anak mereka dalam budaya Jepun. Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Festival Bon Odori di Malaysia menjadi semakin besar hingga melibatkan penyertaan hampir 30,000 orang yang terdiri dari bukan sahaja warga Jepun tetapi juga rakyat negara ini. Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Acara tahunan Bon Odori merupakan perjumpaan musim panas yang paling popular diadakan di setiap daerah di setiap kota di Jepun. Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Perayaan tahunan Bon Odori ini dikatakan satu daripada perayaan paling besar diadakan di luar negara matahari terbit itu. Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Perayaan sempena musim panas di Jepun ini mula disambut di Malaysia seawal tahun 1977. Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Setiap tahun, Festival Bon Odori anjuran Japanese-Malaysian Cultural Exchange ini diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Selangor. Astro AWANI / SHAHIR OMAR

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
